Udang Galah Viral Masak Lemak Cili Api

Thursday, August 23, 2018

Salam kesayangan...


Baru-baru ini heboh dengan udang galah viral dengan harga yang murah sekitar RM1 seekor dan ada yang berharga RM1.50 mengikut saiz udang galah. Bukan sahaja udang galah yang viral dengan harga murah malah ikan juga dijual dengan harga murah. Nora beli udang galah viral ni di Kampung Sg Penchala. Ramai cikgu pakat beli sebab murah. As long as kami makan tak ada allergy dan selamat semuanya. Alhamdulillah.

Ok, kali ni Nora nak share resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api sebagai pemikat hati suami. Haaaa sesekali suami balik jumpa kita, apa salahnya masakkan special sikit. Cewahhhhhh...

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan

Udang Galah - 20-30 ekor
Cili Api - Segenggam - 15-20 biji
Kunyit Hidup - 1.5 inch
Serai - 2 batang
Asam Keping
Santan

Cara-cara

Basuh bersih udang galah dan buang sesungut. Kisar atau tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat. Titik serai. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air atau santan cair. Masak sehingga hilang bau peda atau bau cili. Masukkan udang galah dan serai yang telah dititik. Kemudian masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan asam keping kacau jangan sampai pecah lemak. Pssstttt... tapi nora dah terpecah lemak sebab leka dok basuh pinggan dekat sinki. Hahahah please jangan ikut tabiat macam ni ehhhh.

Bila dah empuk masak dan cukup bahan perasa korang boleh matikan api kemudian hidangkan untuk insan tersayang.



Nora goreng juga ikan pelaling dengan harga 3 ekor RM2. Haaa murah tak? Fresh dan puas hati tau.

Alhamdulillah berselera suami makan. Yang penting licin.


Korang kalau buntu nak masak apa, bolehlah masakkan udang lemak cili api. Asalkan udang tak semestinya udang galah sajo !

Boleh juga cuba resepi lain untuk pikat hati suami di dapur Ummi.


You Might Also Like

13 ♥sweetcream♥

  1. lapar tgk udang galah tu...yummmy

    ReplyDelete
  2. Alaaa ..saje je goda kan...mengada la...ni yg nak kena pi cari udang galah ni...

    ReplyDelete
  3. Favorite ana ni nora. Kalau dpt tak pandang dah lauk lain. Sorang ratah pun boleh habis.

    ReplyDelete
  4. Amboi mak buyungg...sedapnya lauk hehe

    ReplyDelete
  5. fulamak sedapnya.. leleh air sekejap hihii

    ReplyDelete
  6. sedapnya..
    saya pun suka gak udang galah comel tu. aritu suami ada beli kt pasar tani sini

    ReplyDelete
  7. sedapnya lauk tu haaaa... fav ni udang galah masak lemask cili api

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nora.pekat gilosss kuah dia..merecikkkk

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Ya Tuhanku !!!!! hahahaha.. godaan duniawi ini menggugat perasaaan !!

    ReplyDelete
  10. sedapnya!..mmg favorite saya udg galah ni..lapar pula rasa

    https://www.ohlawa.com/tips/rawatan-alternatif-masalah-jangkitan-kuman-dalam-darah/

    ReplyDelete
  11. Fuhh sedapnyaa udang masak lemak cili api tu.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kak. Masak lemak udang tu klu ada belimbing buluh tambah dalam tu, lagi sedap lah.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿