Kuih Dangai Air Tangan Mak Buyung

Monday, September 17, 2018

Salam Hari Malaysia dan Selamat Bercuti untul korang semua.


Semenjak berbadan dua ni serba serbi tak kena terutama tekak ni nak makan macam-macam tapi tak mampu nak menerima bau-bauan.

Ok, disebabkan tekak nak sangat makan Kuih Dangai iaitu kuih traditional orang melayu jenuh rasa paksa diri sabar. Tapi tetap tak mampu selagi tak dapat selagi tu dok ingat je. Maka mula search resepi.

Bila dah dapat resepi tetap call mak sebab nak buat sikit je sebab tekak sekadar nak merasa. Kalau suami ada memang dia akan usaha cari. Tapi memandangkan 2 minggu ni tak jumpa suami maka usahalah sendiri.  


Mak kata kuih dangai boleh bakar atas dapur gas tak perlu oven pun tak apa. memandangkan dekat rumah Nora di KL tak ada oven so kita buat style orang dulu-dulu. Ni resepi dari mak Nora.

RESEPI KUIH DANGAI

Bahan-Bahan :

2 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
Secubit Garam
Sedikit Gula
Loyang untuk di bakar

Cara-Cara :

Gaulkan kelapa dengan secubit garam. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung pulut dan gaul sebati. Mak pesan jangan diperah atau jangan sampai ada air.

Siap gaul bahan, sediakan loyang dan taburkan bahan yang digaul tadi. Lapisan bawah tebal sedikit. Kemudian taburkan gula pasir dipermukaan lapisan pertama. Selesai tabur gula, taburkan lagi baki kelapa tadi dipermukaan lapisan atas sekali. Lapisan akhir ni agak nipis.

Selesai sesi tabur menabur kita bakar di atas dapur gas. Nora guna tutup periuk leper dan letak loyang di atasnya. Kemudian tutup dengan penutup periuk. Api gas dibuka paling minima. Jangan beso sangat kang hangit pulak bahagian bawah.

Tunggu dalam 20-30 minit kot sebab Nora lupa set masa. Agak bawah dah kekuningan matikan api dapur gas.


Tadaaaa siap sudah Kuih Dangai Air Tangan Mak Buyung. Berebut makan dengan Zarra time panas-panas.

Alhamdulillah dapat juga merasa kuih dangai.

You Might Also Like

11 ♥sweetcream♥

  1. Sedap... Lama juga dah tak makan kuih dangai ni. Terbaiklah Ummi... Gigih juga buat sebab dah teringin kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih orang dulu2 kan Leya. Selagi tak dapat rasa nak menangis. Suami pulak outstation so nak taknak kne buat sendirilah. hhehehhe

      Delete
  2. fav sha ni kuih dangai, kat rumah sha ada jual dangai panas panas hehe selalu beli situ jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tinggal dekat mana. Nak cari kat kedai bukan senang. Untunglah dekat je dengan SHa. kau ada dekat ummi ni ermm baik beli je lah kot. hehhehe

      Delete
  3. Nampak sedap tu ..asalkan terasa kan..org mengandung ni byk keinginan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak rasa tu adalah. Jadilah kak untuk tekak ni makan. Buat pun sikit je kak. Hehehehehe

      Delete
  4. Ngat ssh..rupanya senang resepi ni. Allahu rajin mak buyung

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba buat dan jarang jumpa kuih ni. tapi kalau ada memang beli jugaklah sebab nak merasa. nak membuat tu kena tunggu rajin dulu. hihi

    ReplyDelete
  6. pernah tengok orang jual tapi tak pernah cuba.. or penah cuba tapi tak ingat =P

    ReplyDelete
  7. wah, kuih lejen ni akak. payah dah nak jumpa yang sedap sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. Nampak menjadi tu... tererlah Nora masak kuih dangai... Nanti nak buatla dah ade resepi tu hah

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿