Salam sayang korang.

Maaf sebab pasang surut Nora update blog ni. Capek plus no idea. Ehh bukan tak ada idea tapi mood M terlalu tebal.


Dalam dok bosan makan nasi je, teringin sangat nak makan pizza. Preggy kali ni pun dah hujung² ni agak nak makan western. Haaa tapi tak adalah beria sangat. Ok berbalik pada tajuk entri, sebenarnya Nora nak habiskan Roti Gardenia sebab tarikh dah nak tamat lagi 2 hari.

Maka dengan itu terhasillah idea nak buat Pizza Roti Gardenia. Nak adun doh memang idoklah yerk. Jom tengok resepi simple lagi menyelerakan.

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA


Bahan-bahan :

1. Roti Gardenia
2. Sos Pasta / Tomato Puree
3. Sosej Ayam (Nora rebus dulu @ rendam sekejap dekat air panas)
4. Capsicum (Potong Dadu)
5. Cheddar Cheese
6. Mozarella Cheese / Topping Pizza Cheese
7. Cendawan Butang

Pizza Roti Gardenia Simple

Cara-cara :

1. Susun roti dalam loyang @ tempat pembakar dan renjiskan sedikit air. (Tujuan untuk beri kelembutan pada roti. Kalau yang suka crunchy xperlu renjis air ye)


2. Sapukan roti dengan sos pasta / tomato puree dan letak cheddar cheese. Ada orang taknak letak pun tak apa. Pilihan masing-masing.

Pizza Roti Gardenia Simple

3. Taburkan bahan topping (sosej, cendawan dan capsicum). Haaa bahagian ni terpulang pada korang nak letak topping apa selain dari bahan yang Nora share. Kotlah korang nak letak daging/ayam kisar ke kan. Pun boleh ye.

4. Dah tabur bahan topping, tabur pula mozarrela cheese. Korang yang suka cheese boleh je tabur lagi cheddar cheese kat atas. Nak lagi sedap boleh taburkan oregano @ italian herbs.

Pizza Roti Gardenia Simple
5. Masa untuk membakar. Masukkan loyang dalam oven dan bakar dalam masa 15 minit. Suhu tu depends gak pada korang punya oven.

Ok tadaaa siap dah Pizza Roti Gardenia Simple untuk Nora sekeluarga.

Pizza Roti Gardenia Simple
Ni jelah paling cepat nak lepaskan rindu nora pada blog. Idea tu banyak tapi semua separuh jalan. Hehehehhe stay tune bersama ummizarradotcom yaaa..

Muahhhhciked untuk korang.

4 Comments

  1. Memang senang dna mudah disediakan .Okey nanti nak try ni pulak. Ari tuh dah janji nak buatkan diorang pizza tapi ban nak nguli tuh bercinta. Nora up entry resipi dah bagi idea guna roti je .Tq nora.

    ReplyDelete
  2. Dah pernah buat mcm ni,memang sedap!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿