Jika di negara asing kita terbiasa dengan restoran trendy yang cantik dengan lampu dan perhiasan indah. Menarik untuk dipandang dan selesa untuk bersantai. Tetapi trendy di Malaysia tidak hanya pada persembahan premis dan makanan tetapi juga pada rasa makanan itu sendiri.

Trendy yang selesa di Malaysia ini juga tidak hanya di restoran dan kafe mewah tetapi boleh juga di restoran biasa yang ada ada. Kiranya trendy ini ada maksudnya yang tersendiri sesuai dengan kehendak diri masing-masing. Dan antara 5 buah restoran yang trendy di Kuala Lumpur ini adalah seperti di bawah ini. 


#1 - Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)



Berkonsepkan retro dan hipster, Restoran Kaw’d (juga disebut sebagai “caught”) yang terletak di Ampang Waterfront merupakan sebuah lokasi untuk berkumpul yang cukup menarik untuk anda kunjungi bersama rakan-rakan atau ahli keluarga bagi menikmati antara hidangan yang paling enak pernah menyentuh lidah anda. 


Antara menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food. 


Faktor utama mengapa anda patut mencuba masakan di sini adalah kerana hidangannya dihasilkan dengan menggunakan teknik “sous vide” yang seringkali digunakan di restoran-restoran mewah. Teknik masakan ini dikatakan dapat memberikan hasil masakan yang tidak mungkin dapat dicapai dengan teknik masakan yang biasa. Hasilnya, adalah masakan yang sempurna rasanya sehingga restoran ini sering menjadi kedai makan pilihan ramai artis-artis terkenal.



Selain daripada dapat berjumpa dengan artis, anda juga berpeluang mencuba pelbagai jenis menu menarik yang ditawarkan seperti lamb shank (diperap dengan 7 herba), peri peri chicken, creamy cheese chicken, cajun chicken burger dan banyak lagi hidangan yang menarik. Pendek kata, apa saja menu yang pernah dicuba, semuanya sesuai untuk dicadangkan.


Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor


Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.30 am



#2 - Antipodean Café, KL



Bersantai di hujung minggu memang best! Lagi-lagi jika dapat bersantai dengan rakan dan insan tersayang. Jika inginkan suasana yang lebih seronok, boleh nikmati makanan dengan suasana yang aman di Antipodean Café. 


Di sini, ada menu sarapan yang best dan sangat popular di kalangan penduduk bandar dikalangan anak muda juga. Soal makanan terutamanya walaupun nampak sangat mewah tetapi harganya cukup murah. Sebagai contoh harga untuk satu set sarapan pagi yang besar (roti bakar, sosej, cendawan, telur orak dan coklat hash) hanyalah RM19 sahaja dan RM9 untuk latte yang umph.


#3 - Nobu Kuala Lumpur



Nobu Kuala Lumpur adalah restoran titan berbintang Michelin dalam dunia sushi, sashimi dan tempura. Restoran ini boleh dianggap sudah terkenal di dunia, yang dimiliki bersama oleh pelakon Amerika yang bernama Robert De Niro. 


Ia dibuka buat pertama kali pada tahun 1994 di New York dan sejak itu ia terus mendapat pujian kritis untuk hidangannya yang mewah, klasik tetapi kreatif. Chef yang dilantik bernama Nobu Matsuhisa dan beliau serta rakan-rakannya terus menerobos dunia dengan menu dunia sushi sehingga berjaya membuka lebih daripada 29 francais di seluruh dunia termasuklah di Kuala Lumpur Malaysia ini. 


#4 - Chocha Foodstore KL



Chocha Foodstore KL, terletak di sebuah rumah kedai kuno di sepanjang Jalan Petaling. Ia menawarkan tempat percutian yang tenang untuk para pengunjung dari Chinatown KL yang sentiasa sibuk, dengan suasana pedesaan yang menawan dan persembahan makanan yang memuaskan. 


Berjarak lima minit berjalan kaki dari Petaling Street Market, kafe yang indah menempatkan halaman tengah yang cerah yang dihiasi dengan hiasan desa. Makin menarik dengan bangku kayu yang unik. 

Menu ini yang disajikan juga diantara minuman dan makanan lokal tradisi seperti teh, kopi dan sebagainya. 



#5 - Fiske Steakhouse & Asam Pedas


Mencari kedai makan trendy mampu bayar dan halal sepenuhnya? Bukan selalu kita dapat jumpa restoran yang menggabungkan citarasa tempatan dan Barat, namun di Kuala Lumpur anda boleh menikmati hidangan sebegini di restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas seperti asam pedas ikan parang, sate, daging tetel, ikan pari dan banyak lagi.



 Antara makanan Barat yang ditawarkan di sini pula seperti lamb stew, grilled chicken chop, lamb grill dan spaghetti bolognese. Untuk pencuci mulut pula terdapat pelbagai jenis kek yang boleh anda nikmati seperti kek oreo cheese, kek caramel, kek coklat dan banyak lagi. Tiada satu pun makanan yang dikatakan tidak sedap oleh pelanggan mereka. 


Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9am – 12 pm)



Yang pasti, tidak kisahlah trendy dengan definasi yang bagaimana, yang penting jika mahukan makanan yang trendy dan best-best ini, dengan mudah kalian boleh lihat dan pilih di lamanweb utama Foodpanda. Tak susah hanya perlu muat turun aplikasi Foodpanda ke handphone kemudian boleh guna pada bila-bila masa bagi mendapatkan servis online food delivery yang diinginkan. 




3 Comments

  1. Memang trendy sangat² dan tampak mewah setaraf 5 bintang..

    ReplyDelete
  2. Semua restoran cantik2 dan memang trendy.

    ReplyDelete
  3. perghhh
    semua nampak meanrik
    terliur jadinya

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿