Untuk korang yang mempunyai masalah allergy ataupun resdung meh baca apa yang ingin Nora kongsikan pada korang. Kebiasaannya kita ambil mudah akan perkara sebegini kerana ia berlaku pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Kali ini Nora akan kongsikan cara untuk merawat sinus atau resdung dengan essential oil. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman Nora sendiri. Sebelum itu, apa kata kita kenali dulu apa itu Sinus.


Sinus adalah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ramai antara kita yang kaitkan sinus dengan penyakit resdung walaupun sebenarnya ia tiada kaitan dengan resdung.

Nora sering mengalami gatal-gatal hidung, hidung berair, hidung tersumbat dan kerap bersin setiap pagi mahupun bila terkena habuk. Selain itu, Nora juga akan alami gatal pada muka, dan mata. Ini merupakan tanda-tanda allergy ataupun sinus. Korang yang ada masalah sama seperti Nora pasti tahu akan rasa ketidakselesaan sekiranya allergy atau sinus melanda dekat diri korang.



Simptom yang sering dikaitkan dengan pesakit Sinus adalah :

  • Selesema
  • Demam
  • Rasa Letih
  • Sakit di bahagian muka apabila ditekan
  • Rasa sakit apabila menundukkan kepala
  • Sakit kepala / migrane

Penyakit ini kadang-kadang boleh terjadi disebabkan oleh debu, perubahan cuaca dan juga makanan. Macam Nora seringkali alami bersin, selesema, gatal muka dan mata apabila berlaku perubahan cuaca dan juga debu. Memang alah sangat-sangat dengan debu, kalau mengemas rumah habis naik merah-merah dan gatal-gatal pada muka.


Essential Oil RC dan Thieves

Selama ni Nora kerap ambil pil di farmasi bagi mengatasi masalah yang Nora hadapi. Vitamin C juga memang sangat diperlukan. Tapi, semenjak berjinak-jinak dengan Essential Oil dari Young Living, Nora jadi jatuh cinta sebabnya ia sangat membantu atasi masalah resdung Nora dan secara tidak langsung ia merawat sinus atau resdung.

Bagi korang yang ada sinus yang agak teruk, boleh cuba ikhtiar guna beberapa jenis essential oil seperti di bawah ni.




🍁 EO basic
RC
PEPERMINT
THIEVES

🍁 Tambahan
EUCALYPTUS RADIATA
RAVEN
DIFFUSER

CARA MENGGUNAKAN ESSENTIAL OILS

Ok, make sure korang ada 3 jenis EO basic ini iaitu :
  1. RC
  2. PEPERMINT
  3. THIEVES
Untuk dewasa boleh sapu neat sahaja tanpa perlu diluted. Tapi jika jenis kulit yang sensitif so kenalah diluted, takut nanti kulit tu jadi merah-merah pula.

Korang hanya sapu 1 drop RC di bahagian point sinus iaitu hidung sampai ke atas. Namun, kalau tau cara vitaflex lagi bagus.

Cara yang sama ulang layer by layer dengan menggunakan EO thieves & pepermint. Ia sangat membantu da melegakan pernafasan.

Kemudian sapu THIEVES pada tapak kaki ia membantu pengedaran darah berjalan dengan lancar. Pastikan korang buat malam sebelum tidur dan kalau boleh konsisten sepanjang 3 bulan penggunaan.


Selain itu, jika korang ada masa lapang boleh buat steaming dengan cara yang mudah iaitu hanya perlu drop 1 EO Pepermint dalam air panas kemudian hidu wap pepermint tu atau cara paling mudah Nora akan calitkan EO tu dekat nadi @ towel kecik untuk Nora kerap hidu. Dia punya lega Allah je yang tahu.

Jika hidung tengah tersumbat buat cara ni mesti lega. Bila dekat office Nora akan bawa EO R.C atau Pepermint je, bila gatal hidung ke, tetiba bersin dan hidung berair Nora terus hidu Pepermint atau calit direct eo RC dekat hidung.

Rasa lega ya amat je dalam hidung tu pastu hingus dah boleh mengalir dengan lancar.

Kesan yang akan nampak dengan penggunaan essential oil ni ada 2 bergantung pada antibodi badan seseorang samada kesan positive or negative.

Bagi yang positive

  • Ada orang yg jenis bersin pagi-pagi tu, insyaallah akan mula berkurangan bersin
  • Ada jenis muka mengenyam gatal-gatal akan jadi melegakan keradangan
  • Ada juga yang sebelum ni deria bau jadi totally out, dan dengan EO insyaAllah akan mula berfungsi semula
Bagi yang negative

Ada sesetengah individu yang jenis antibodi tidak kuat, jadi EO ni akan berlawan dengan penyakit dalam badan. Dengan menunjukkan reaksi seperti :

  • Akan mula batuk-batuk dan nampk semakin teruk. Sebenarny ini adalah healing proses sebab Essential Oils tengah mula memberikan respon melawan all the bakteria dalam badan.
  • Akan rasa badan lemah dan start rasa macam tidak sihat. Ini adalah sama macam di atas, its healing proses


Macam pengalaman sendiri, Nora rasa bersyukur sangat sebab essential oil dari young living serasi dengn Nora. Lagi satu, Nora suka diffuse Thieves untuk bersihkan udara dalam rumah Nora. Yelah kuman dan habuk-habuk sering membuatkan Nora tidak selesa. Biasanya sebelum nak mengemas rumah Nora akan diffuse dulu dan start calit RC mahupun pepermint dekat hidung terutama lubang hidung, batang hidung sampai ke atas kening.

Nora jugak akan dilute untuk kegunaan anak Nora. Dilute dengan vco atau apa-apa jenis menyak yang pasti bukan minyak masak tauuu 😝

So, sesiapa yang alami alergy macam Nora boleh cuba apa yang Nora guna. Pasti korang akan love sangat.

Untuk pembelian YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL

boleh terus direct whatsapp :
016-2547731 / 012-797 3756

12 Comments

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  2. Adik ipar ana pun guna yang ni utk sinus dia.

    ReplyDelete
  3. yes kite geng! hahahaah khai pn nak restock EO yang baru ni nanti. so bolehlah pakai juga. still baru so khai pun tengah belajar pasal kegunaan dia

    ReplyDelete
  4. Ok. Kat rumah dah ada Peppermint. Now nak cari yang RC dan Thieves plak kot. Nak contact my agent la untuk dapatkan. TQ for sharing.

    ReplyDelete
  5. Banyak juga EO dia ye. Thieves macam pernah dengar ada kawan pakai juga. Banyak kelebihan rupanya ya....

    ReplyDelete
  6. Young Living ni not bad juga kan.. My aunt memang pakai brand ni.. So far sekarang i guna another one.. Next time boleh try ni la...

    ReplyDelete
  7. Ingat nak beli gak yang RC tu buat simpanan.. setakat ni guna jee main blend, janji sedap pakai hahaha.. lepas ni nak baca lee kegunaan satu persatu ...

    ReplyDelete
  8. mmg tahu eo ni bagus..esp kalau kita nk rawat nak elak penyakit yg mudah berjangkit macam selsema

    ReplyDelete
  9. Nad pun dh berjinak dengan YL ni.. Serasi dengan nad dan keluarga.. Bau pun sedap dan nyaman je. Haritu anak2 selsema sapubRC ni

    ReplyDelete
  10. Pengguna essential oils mesti dah maklum keberkesanan sesuatu jenis eo. Eo thieves pun elok juga utk anak2 tengah flu & batuk kan?

    ReplyDelete
  11. Yeah!! Have heard so much about these essential oils & its health benefits. I am a fan for EO for own & family usage. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. Boleh ke guna EO ni kalau Ada migrain eh. Mcm za xtau berkesan ke tak sbb deria bau tu kadang 2 hilang. Haha tgk semua org best je pakai EO ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿