Sinopsis Belakang buku:
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?
Komen :
Sequel kesinambungan Ombak Rindu, Setia Menanti, Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah2 Hariz dan Izzah. Rumahtangga mereka yang sentiasa tegang, Izzah yang dari Cinta Tiada Akhirnya, hilang ingatan dibawa ke dalam kemelut dunia perniagaan Sufiah Holdings. Hariz terumbang-ambing setelah diuji dengan masalah pejabat. Dia telah tersisih oleh Sufiah Holdings hanya disebabkan orang ketiga yang berdendam dengannya.Dalam novel ini, watak-watak dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah. Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalan Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak....Walaubagaimanapun, akhirnya mesti happy ending... Tapi kali ini dalam keadaan tenang dan tenteram... Tuan Haji Hariz... Dekat 2-3 helai nak habis novel, rasa sedih pulak.
Bintang:**** (syiok... 3 hari dah abis)

4 Comments

  1. lama dah tak baca novel..tak sempat.hehe

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. hye cik diela...
    hehehheheheh
    alar tu ada yg dah pnah bce n ada jugak yg tgh bce...
    hehehehhehehehehehehehehehehe
    buleylah, tak lah rajin sgt lorrr...

    ReplyDelete
  3. hye salam perkenalan salam ukhwah 2 hakimi...
    hehehehehehehheheheheeheh
    alar novel nie bile2 pon buley bce...
    lambat hbs pon tak de saper mrh lorrr...
    hehehehehehhehehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿