Apa gunanya bicara
jika tuturnya mengundang luka
pada hati yang sedia parah
menanggung beban kecewa
seribu duka terpendam
teramat dalam

Apa gunanya memujuk
jika rajuknya sudah berdarah
mengalir tanpa henti
pekat dan merah
hangat memikul sebak
teramat ngeri

Apa gunanya memohon maaf
jika maknanya sudah tiada
pintanya terlalu kerap
atas kesilapan berulang-ulang
menjadikan ia pelarian
mainan kata-kata teramat murah

Apa gunanya kesal
jika segalanya sudah terlambat
tak mungkin berpaling lagi
mengharap satu kebodohan
menjadi bahan ujian & boneka kehidupan pendusta
kerana yang berlaku
adalah bukti kecuranganmu
teramat nyata...

Kau bukan terhebat
juga bukan terbaik
cara mu nampak manis dan indah
hakikatnya kaulah pendusta
kaulah pelakon yang suka bersandiwara
kaulah segalanya
pemurah cinta
penabur janji paling berjaya
penanam harapan paling bijak

Tapi sedarlah
caramu xkan ke mana
kerna kau tetap hambaNya
pasti Dia akan murka

Saat itu pasti kau akan merasa
Takkan ada penyesalan
takkan ada kemaafan

Nyata kau pamerkan dirimu
kau buka pekung di dada mu
siapa kamu

Kini ku sadar
sadar akan sesuatu
sadar bahawa siapa kamu
............

8 Comments

  1. miss havoc:
    lalalalallala huhuhuhuhuhu muacssssssssssss

    ReplyDelete
  2. Epul:
    ala sume org de kejiwangannye kan... heheheheh sayep mmg jiwang BLUES.. miahahhahaha.. btw thanks ye :D

    ReplyDelete
  3. me takde kejiwangan lah.
    bahase cinta kat blog ni mmang best la.
    me jga tak reti2 nak berbait tahap A.samad said.

    ReplyDelete
  4. Zechs:
    hahahhahah me xde r sampai tahap A. samad said..
    mmmmm.. hehehhehehhehehehe...

    ReplyDelete
  5. alamak.. jiwe2.. mari layan jiwe sama2.. heehe

    ReplyDelete
  6. nickhun:
    lalallalalla... moh2 layan sme2...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿