Salam Jumaat Ols...


Semalam di sekolah lagi ummi dah sakit kepala sangat. Tambah semalam mata ni rasa mengantuk saja.
Balik kerja semalam singgah ke tesco beli barang sikit dan sampai saja di rumah kemas barang sikit-sikit.

Usai mandi, dan bagi zarra makan ummi pun makan ubat. Selesai semuanya kepala dan mata ni dah tidak mampu bertahan. Apa lagi niat hanya seketika nak landing terus terlajak sehingga 3.00 am.

Masa sedar pagi tu, kelam kabut cari zarra. MasyaAllah sayu hati bila tengok zarra tidur dengan botol susu kosong, dengan pampers bersepah atas tilam dan zarra hanya tidur menggunakan pampers saja. (dalam hati sah si zarra tukar pampers sendiri dan tak pandai pakai seluar semula bila tengok keadaan seluar yang bergulung...)

Ummi bangkit untuk bancuh susu dan sekali lagi terkejut bila tengok wall rumah bersepah. Tapi Alhamdulillah zarra tidak usik barang2 elektrik dan hanya barang permainan saja yang bersepah. Kepala masih berdenyut-denyut...

Dalam pada tu baru teringat henpon. Cari henpon rupanya ada di sebelah zarra. Ermmm bateri tak de alamatnya biarkan dulu. Nak sambung tido tapi mata tidak mahu lelap. Godek-godek henpon..

2050 unread whatsapp dari 7 conversation. Abaikan.
Sekali tengok album terpampang gambar zarra..


MasyaAllah si zarra berselfie sendiri. Dengan mulut comot. 

Ermm "ummi sedih tengok gambar ni deq, sian adeq ummi tak layan, adeq main sendiri" maafkan ummi..
Tutup henpon dan baring semula..


nota kaki :
I am daddy and i am mummy also... Alhamdulillah Allah lindungi zarra saat ummi tidak sedar akibat sakit kepala dan keletihan. Ya Allah pesan pd diri sendiri next time jangan sampai begini..

9 Comments

  1. salam...singgah sini sat...lama xsinggah...nnti ahad boleh jumpa zarra..hehe :-)

    ReplyDelete
  2. Singgah sini.. pandainya zarra berselfie..

    ReplyDelete
  3. ala comelnya zarra. such a good girl. kecik kecik dah pandai be independent. bagus dik <3

    ReplyDelete
  4. touching... sob..sob..sob..
    kesian tgk zarra.. dia x kejutkan langsung ummi dia.. so tough..

    ReplyDelete
  5. jd ibu mmg letih kan, nsib baik umi tido zara baik jer..hehe
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. sedih lak k.el bc
    nasib zarra pandai jaga diri
    n x pulak dia nak kaco mummy dia
    teruk sgt sakit kepala tu nora
    letih yea...

    ReplyDelete
  7. Alahai, comelnya zarra :-*

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿