Reunion Aidilfitri 2014
Ajoi(hubby june), Isa, Azmi(Manje), Din(hubby shila), Wife Isa, Cik June, Ida(wife manje) + Tuah, Shila + Alif & Nora(me) |
Satu Syawal sudah tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.
Raya 6 di Rumah Shila |
Alhamdulillah masih diberi kesempatan meraikan Aidilftri bersama teman sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Walaupun yang hadir tidak ramai tetapi masih erat ukhwah yang terjalin antara kami.
Meski pun saban tahun muka kami saja sering bertemu sering berkumpul diharap tahun akan datang lebih meriah lagi.
Kunjung mengunjung ke rumah teman lama yang mungkin dapat berjumpa hanya setahun sekali.
Seronok dapat jumpa walau hanya seketika. Yang jauh didekatkan yang dekat dirapatkan... Tak gitu kan kan kan..
Perkenalan dari kecil sehingga zaman persekolahan di SK Palong 7, Gemas Negeri Sembilan sehingga ke SMK Palong 7, Gemas Negeri Sembilan. Kini kekal selamanya.
Walaupun bukan sekelas tapi kami tetap erat. SPM 2001 masih segar dalam ingatan...
Friend Forever |
Isa & Yusri |
Ok ni masa dekat rumah nora. Memang muka ni tiap tahun. Seronok jumpa walaupun hanya setahun sekali.
Moga-moga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi Aidilfitri tahun akan datang. InsyaAllah
3 Comments
Wahhh meriah raya.. ena ni je tak sempat nak bergambar dengan yang lain.. bergambar seorang diri je...
ReplyDeleteBestnya dapat jumpa kekawan lama..
ReplyDeletebest beraya sanak saudara rakan taulan.. raya kan sebulan.. eh!
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿