Salam Sayang...

Kelmarin semasa zarra bercuti di rumah nora syukur sangat dan dia sangat teruja bila bersama ummi.
Maklumlah sebelum ni dia memang ada bersama dan bila tahun ni terpaksa hantar dia di kampung itu yang membuatkan dia berasa hati.

Maafkan ummi sayang.

Puas bersama dengan ummi dan tiba masanya untuk hantar zarra ke kampung semula. Masa ni nora balik kampung tidak drive seperti selalu memandangkan my sister nak guna kereta. Makanya nora tumpang uncle zarra yang kebetulan nak balik kampung.



So, ada juga alasan untuk nora bawa zarra naik LRT kerana dia sudah lama nak sangat naik tipa kali melihat train berjalan. And kali ini nora tunaikan keinginan zarra. Memang teruja dan happy sangatlah dia. Dalam kepala dia duk fikir mana keretapi. Ajak makan pun asyik duk tanya keretapi.



Adik hantar nora di KL Sentral dan dari sini nora turun di Seremban. Sepanjang di KL Sentral puas bawa zarra berjalan-jalan di Nu Sentral dan sempat kami singgah untuk makan tengahari di KFC.

Tiba sahaja LRT di depan zarra dia dah menjerit dan teruja sangat. Alhamdulillah time nora balik ni memang tidak ramai kerana bukan waktu kemuncak orang balik dari kerja. So dalam coach train sangat lengang. Zarra yang keletihan tetap tidak mahu duduk diam. Ada sahaja benda yang di lakukannya.


Sampai di Seremban uncle zarra dah menunggu dan kami sama-sama pulang ke kampung.

Alhamdulillah.

3 Comments

  1. Teringat ena masa kecil-kecil dulu teruja sangat naik LRT... hehehe

    ReplyDelete
  2. Itulah kan.. Dunia kanak-kanak...
    Ikutkan malas sebab nak handle zarra tapi sebab dia teruja turutkan jugak. tu pun siap2 pesan jgn nakal2. hehehehhe

    ReplyDelete
  3. peace dia tu..hehe..naik lrt mse kcik2 mmg seronok..tp skrg dah besar ni, stress je dgn pnuh org2..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿