Salam sayang...

Nora merupakan ahli AKRAB iaitu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.
AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana yang diperuntukkan dalam PP 18/2005. AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Berfungsi bagi membantu bahagian sumber manusia dan bervisi menjadi penyumbang kepada usaha modal insan.

Maksud AKRAB

Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari


Ok tu serba sedikit berkenaan AKRAB. Nora dilantik melalui Ketua Jabatan di bawah Sektor Pengurusan Psikologi, JPWPKL. Sebenarnya nora sendiri tak tahu bila nama dicalonkan oleh Guru Besar. Tapi nora terima dengan positif dan untuk makluman AKRAB sama je dengan PERASA.


Pada cuti sekolah yang lalu, AKRAB Batch 2, JPWPKL telah menganjurkan satu Program Amal di SK Paya Taram, Temerloh Pahang. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam. Kami menginap di Kuarters Institut Perguruan Kampung Tualang, Temerloh.


SK Paya Taram merupakan sekolah yang terlibat dengan banjir pada tahun 2014 yang lalu. Hampir 100% keserokan yang berlaku di sekolah berkenaan. Manakan tidak air melimpah sehingga menutup bumbung bangunan kantin. SK Paya Taram merupakan sekolah pendalaman yang terdiri daripada anak-anak orang asli dan kampung yang berdekatan.


Ini merupakan pengalaman pertama nora sertai program sebegini. Kini keadaan sekolah ini telah kembali seperti sediakala walaupun masih banyak lagi yang perlu dibaiki. Sepanjang program kami bersama 50 orang murid dan beberapa orang guru yang terlibat. Program berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan salah satunya Ice-Breaking, Motivasi dan sukaneka.

Program berlangsung dengan jayanya. Seronok dapat bersama anak-anak dari Kg Paya Taram. Semua memberi komitmen yang sangat baik dan mendapat respon dari murid dan guru SK Paya Taram.

Dikesempatan itu juga tidak ketinggalan untuk menikmati masakan popular dari Temerloh iaitu Ikan Patin gulai Tempoyak. Perghhhhh mmg sedap sgt.

Jom lihat koleksi gambar yang sempat nora ambil.

Ini Rakan Serumah Nora.

Selesai AKtiviti Sukaneka

Bersama Rakan AKRAB

Alhamdulillah selsesai menduduki beberapa ujian, pada Februari 2016 nanti kami AKRAB Batch 2, JPWPKL akan di tauliahkan di JPA.

5 Comments

  1. Bagus lah dicalonkan oleh Guru besar sendiri, dia nampak nora boleh pergi jauh...tahniah nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JU...
      Hehehehe alaaaa nora sorang je kerani dekat sekolah ni JU.. Dahnak bagi siapa lagi. Nak bg PPM ssh nanti selalu kena keluar tak da sapa nak jaga murid pra.
      Apa pun syukur seronok juga.

      Delete
  2. tahniah,lamanya tak pi temerloh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sue...
      Kann nora pn dh lama sangat tak pergi temerloh.. Memang syok nak nak dapat pekena ikan patin. heheheheh

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿