Zack Kapcai merupakan Filem bergenre komedi aksi terbaru keluaran MIG Pictures yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada minggu kedua hari raya iaitu pada 14 Julai 2016.



Baru-baru ini nora berkesempatan untuk menonton filem Zack Kapcai pada satu Gathering Movie Day Out besama blogger anjuran MIG di eCurve, Mutiara Damansara. Filem yang mengandungi elemen-elemen komedi dan aksi yang seimbang ini merupakan arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib.

Zack Kapcai meletakkan elemen pemotoran sebagai subjek utama namun plot penceritaannya masih lagi mengekalkan elemen komedi sebagai perencah utama. Filem ini merupakan sebuah filem komedi yang menggabungkan aksi dan sub-plot elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang serta percintaan yang disampaikan secara bersahaja. Ini membuktikan filem ini dekat dengan masyarakat untuk rasai realiti kehidupan yang sebenar.













MIG Pictures menampilkan para pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama filem ini seperti Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim Sepahtu yang pastinya akan mencuit hati penonton dengan gaya komedi bersahaja daripada mereka. Turut sama menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang, Shahfiez yang terkenal sebagai "Stunt Man" dalam dunia pemotoran dan jugak Serina Redzuwan yang kini mula membuat "comeback"  di dalam dunia lakonan. Zack Kapcai juga membuka peluang kepada heroin yang mula meningkat naik iaitu Julia Marin sebagai salah seorang peneraju filem ini.


Gathering Movie Day Out Zack Kapcai bersama blogger. Seronok Bak Hang


SINOPSIS FILEM ZACK KAPCAI

Mengisahkan Zack (Fad Bocey) yang merupakan seorang peminat motosikal kapcai dibesarkan tanpa ayah. Namun minat Zack ditentang oleh ibunya, Minah (Serina Redzuwan) kerana suami Minah iaitu ayah kandung Zack merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu.

Selepas memenangi Qistina iaitu motosikal kesayangan Roy (Shuk SYJ), Zack dan Roy yang dahulungan kawan baik langsung bermusuhan apabila Zack memenangi perlumbaan dengan Roy yang mempertaruhkan Qistina. Sementara itu, Minah sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Dia memarahi Zack sehingga Zack insaf dan berjanji tidak akan merempit dan berlumba lagi. Namun segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama RUDY (Rahim Sepahtu) dan Minah dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”. Zack teruja mengetahui bapanya sendiri adalah Raja Kapcai dan bernekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.

Yeay dapat snap dengan Mr. Davie Teo (Biar i yang pegang sebab tangan i panjang :p)
Pada masa yang sama, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina, terus mencuri motosikal Zack. Zack kecewa bagaimana dia hendak mencari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. Semasa inilah Minah mengeluarkan motosikal legenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkan. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.

Dipertengahan jalan, Zack bertembung Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula. Rudy dan TASHA (Julia Marin) pula menjalani kehidupan yang sederhana di Bandar. Tasha berkawan baik dengan WAN (Shahfiez Rempit) and the Gang, samseng besar kawasan mereka. Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam, Tasha mengamuk dan marah. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha. Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan tanpa diduga itu membuahkan rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasha balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasha.

Alhamdulillah... Thank you Mr. David Teo sebab bagi duit raya.. yeayy yeayy
Apa kesudahannya?... kalau nak tahu, jom sama-sama menonton filem Zack Kapcai yang telah pun diterbitkan bermula 14 Julai 2016 di pawagam berdekatan anda.

With Epy Kodiang
Wift Julia Marin




























WAJIB TONTON ZACK KAPCAI FILEM KE-113 MIG PICTURES

Ucapan dari Mejar (K) David Teo semasa Gathering Movie Day Out Zack Kapcai

Bersama rakan blogger [ nannie, deq noor, dhia ]


Terima kasih kepada Bro Framestone, Blog Retis kerana invite untuk preview filem Zack Kapcai. Terima kasih juga kepada  Mejar (K) David TeoMIG Onlinedan rakan bloggers yang lain. Seronok tak terkata dapat makan sama-sama di bulan Syawal (mood raya) dan paling syok dapat tengok filem Zack Kapcai yang pastinya membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.

Pecah perut oitttttt..

Jom tonton filem Zack Kapcai di pawagam hari ini.




Sedikit video sepanjang Majlis Gathering Movie Day Out Zack Kapcai di Park John steamboat, eCurve Damansara

Thank you kepada Halim dan HaiBlogger untuk video yang simple dan menarik ini.




3 Comments

  1. yang penting gaya zack kapcai, hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahhhh Mr. David Teo ajak selfie tue....

    ReplyDelete
  3. haha lawak dorang memang melampau. sampai habis den golak :D

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿