Hye korang...



Dah tonton ke Filem Box Office Tamil Kabali di pawagam???

Baru-baru ini nora berkesempatan menghadiri Premier Screening Filem Kbali Versi Bahasa Melayu di TGV, KLCC dengan bertemakan Black Suit, Evening Dress warna merah & hitam.. Haaa tapi hakak kau ni belasah je pakai apa yang dirasakan okeh.

Dress Code yang tidak mengikut tema
With blogger ayue

 Ok jom nora nak share sikit tentang Filem Kabali yang dijangka sasaran mengutip RM50 juta secara keseluruhan selepas tayangan.

NILAI KEKELUARGAAN DITERAPKAN DI DALAM FILEM KABALI


Barisan Selebriti yang menjayakan filem KABALI
 Kabali adalah filem mob gangster Bahasa Tamil datang dari India dan merupakan filem pertama tamil dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Selama ini kita menonton filem tamil yang mempunyai subtitle dalam bahasa melayu sahaja kan? tapi kini kita berpeluang menonton filem box office tamil Kabali, yang dibintangi pelakon tersohor India Rajinikanth, dalam versi bahasa kebangsaan yang telah ditayangkan pada 22 Julai yang lalu.

Filem itu bakal mencipta sejarah apabila dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara kita yang diterbitkan oleh Penerbit Datuk Abdul Malik Dashtigeer.

Bersama Dato Rosyam Nor yang turut berlakon

Bersama Dato Jalaludin Hasan yang menyumbangkan suara






















Filem Kabali versi Bahasa Melayu mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ia turut menampilkan selebriti terkenal negara seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim. Selain itu, selebriti terkenal yang terlibat dalam menyumbangkan suara mereka seperti Datuk Jalaluddin Hassan bagi suara watak penjahat, manakal Arun Kumar memberi suaranya untuk watak Rajinikanth dan Fathia Latiff bagi watak Dhansika iaitu anak kepada Rajinikanth.

Pelbagai aksi hebat pertembungan dua kumpulan gangster antara Kabaleeswaran (lakonan Rajinikanth) dan Tony Lee (Winston Chao) yang satu pihak membela dan melindungi masyarakat yang akibat gejala gasterisme manakala pihak satu lagi cuba untuk pertahankan kedudukan yang di perolehi selama 25 tahun Kabali berada di penjara.

SAKSIKAN AKSI-AKSI MENARIK RAJINIKANTH DALAM FILEM KABALI

Bersama rakan-rakan blogger yang ohsem
 Bagi nora cerita ni memang nora kagum dan bangga sebab ia membuat pengambaran di Malaysia selain daripada penggunaan alih bahasa yang pertama dalam perfileman negara. Aksi-aksi dari superhero Rajinikanth sangat power okeh, berdesup-desup pergerakan dia. Teruja nora tengok. Jalan penceritaan filem KABALI sangat menyentuh hati di mana kekeluargaan, agama dan bangsa diterapkan di dalam filem ini.

Muka gedik sket
Popcorn dari Dato Rosyam

Korang yang minat dengan lakonan Rajinikanth boleh tonton KABALI dalam versi Bahasa Melayu. Nora rasa nak tengok dalam versi Tamil pula baru syok kot tengok lenggok dan gaya pergerakan. Hehehehe.

Apapun terima kasih kepada rakan blogger  Neyra Shazera kerana memberi peluang atas undangan VVIP untuk tayangan filem Kabali ini. Seronok sangat sebab dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain.


 

Thank you my adik sebab sudi teman..

5 Comments

  1. tak perasan pun adik time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkkkk xperasan ke?? tu dalam gambar tu lah adik kite. hehehee

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. mcm best plak nak tgk tapi bila dah alih bahasa mcm x seronok plak.. sebab mcm tgk ceta korea.. hehehe.. mesti nak ketawa..

    ReplyDelete
  3. untungnya dapat pergi..boleh jumpa rakan sesama blogger

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿