Allah tidak pernah kejam untuk tinggalkan kita sendirian. Adapun kita tiada sesiapa,
setidaknya kita kuat sendiri...
dan kita ada Dia.

Nak taknak, diri sendiri yang kena kuat. Kuat hadapi ujian dan cabaran. Memang, akan banyak dugaan yang menimpa. Pelbagai ragam manusia yang akan kita jumpa. Tapi jangan lupa, Tuhan itu ada.
Dan Tuhan tidak zalim.


Bangkitlah walaupun tidak ada sesiapa yang menghulur tangan; kerana dalam setiap cubaan untuk bangkit, Allah ada membantu. Memang mudah mulut berbicara. Kuatlah. Tabahlah. Tapi bila diri sendiri diuji, perit dirasa. Tapi bangkitlah; kerana tidak ada sesiapa yang boleh memajukan diri melainkan diri. Tidak ada sesiapa yang boleh menguatkan diri melainkan diri.

Senyumlah meskipun hati terasa perit, kerana inilah dunia.


Semoga anak ummi Nur Izarra Qistina
Menjadi anak yang solehah
Walau kita berjauahan
Moga kau tidak sedikitpun
Kurang kasih dan sayang.