بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 

Hye korang! 


Tahun ini pasti ramai yang akan mendirikan masjid. Semestinya ikatan cinta ingin disatukan kecapi bahagia hingga ke syurga.

Untuk majlis perkahwinan yang diimpikan semestinya korang memerlukan persiapan awal dan perancangan kedua-dua belah pihak di capai. Biasalahkan, perempuan nak itu nak ini di hari bahagia mereka. Jadi, korang patut pergi ke pameran pengantin untuk servey sebagai persediaan majlis korang nanti.


Malaysia Wedding Festival (MEFA) merupakan festival pengantin yang popular di Malaysia. MEFA akan mengadakan Pameran Perkahwinan TERBESAR pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC) bermula 10pagi-9malam. Kalau korang nak tahu, ini merupakan pameran perkahwinan yang ke-16 anjuran MEFA dan terdapat tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja.

Dulu, nora pernah juga pergi ke pameran pengantin. Saja buat servey untuk persiapan perkahwinan. Pengalaman datang ke pameran ni sangat seronok sebab korang boleh merasai aura nak jadi bakal raja sehari tau. Seronoknya, korang boleh lihat dekorasi pelamin, fesyen baju pengantin dan banyak lagi.


Pameran pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk yang ada seperti katering, butik, andaman, makeup, kad kahwin, door gift, fotografi, videografi, wedding planner, dewan perkahwinan, wang dinar, gubahan hantaran, bunga telur dan banyak lagi. Yang penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi. Pelbagai pakej perkahwinan ditawarkan dari pakej ekonomi sehingga eksklusif.



Apa yang menariknya kalau korang datang ke pameran ini, ia akan memudahkan bakal-bakal pengantin dalam membuat persiapan kerana di MEFA, semuanya ada dari A-Z. Jadi, masa dan tenaga korang dapat dijimatkan daripada membuat survey di luar. Tambahan pula, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurang-kurangnya coklat. Yang penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah.


Bagi penggemar fesyen busana perkahwinan, pertunjukan fesyen akan di adakan pada hari sabtu dan ahad. Korang jjangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada 13 Mei (sabtu) dan 14 Mei (Ahad) seperti jadual yang diberikan. Pastinya anda tidak melepaskan peluang berada dipentas utama bersama-sama vendor pilihan yang terkenal.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media di Instagram iaitu MEFAPENGANTIN, Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan juga laman web iaitu www.mefa.my

Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi :

En Azahari di talian 012 – 387 1775
Website: www.mefa.my


4 Comments

  1. Terima kasih kongsi ni. Persediaan.
    Tapi saya belum tau bila kawen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe pasti jodoh ada yang terbaik. Kita merancang ALlah yg tentukan cepat or lambat. Heheheheh... Boleh suggest dekat kawan-kawan yg nak kahwin.

      Delete
  2. Entry ni nanti saya share kat watsap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adam.
      Moga selalu kunjung ummizarradotcom

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿