Anda sendiri boleh berkomunikasi dengan rakan kumpulan, merasai sendiri pengalaman diserang dan menembak seperti anda betul-betul berada dalam dunia sebenar.
Buat mereka penggemar game, terdapat satu permainan game yang lebih mencabar dan futuristik bakal diperkenalkan terutama kepada mereka penggila game VR (Virtual Reality) yang inginkan sesuatu yang lebih mencabar.

SetiaWalk Outpost merupakan projek pengembaraan, dimana kami menjemput kawan dan keluarga untuk menjelajah, kuasai, bertahan dan pulang ke rumah dengan pengalman yang boleh dikongsikan bersama. Dari saat anda menempah tiket, kami mahu anda merasai pengalaman bersama-sama sebagai satu kumpulan” – Mr. Richard Lee, CEO EXA Global

Permainan game VR (Virtual Reality) merupakan satuu game di mana korang seperti berada didalam permainan itu sendiri.

Kali ini, EXA Global iaitu syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.


Teknologi Hyper-Reality membawa teknologi VR (Virtual Reality) lebih kehadapan

Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam dimensi yang berbeza dimana memerlukan permain bergerak (aktiviti fizikal) untuk memastikan perjalanan permainan lebih mengujakan. Ini merupakan satu permainan baru di mana korang seperti berada didalam permainan itu sendiri dengan merasai pengalaman seperti berperang yang diserang dan menembak korang dengan betul-betul berada dalam dunia sebenar.

Senjata yang akan digunakan

Semasa permainan ini sedang di mainkan, aksi tembak menembak akan membuatkan korang seperti berada di alam tersebut yang mana memerlukan kekuatan stamina kerana ia benar-benar mencabar minda korang.


Dalam permainan, anda boleh upgrade senjata sama ada ketika bermain ataupun berjaya menamatkan misi (tapi masih pakai senapang yang sama dalam dunia nyata) Waaaaaa menariknya kan...

Pegawai Keselamatan
Sebagai langkah keselamatan, pegawai juga disediakan untuk memberi arahan keselamatan sewaktu bermain. Supaya permainan ini selamat dimain dan tidak membahayakan pemain mahupun pemain lain (Walaupun tembak member sendiri banyak kali, member korang tak akan mati tau), so, jangan risau. Hehehe

Susun atur ruang permainan bagi menimbulkan perasaan sebenar kepada pemain

EXA Setiawalk Outpost Pertama di Rantau Asia Tenggara

EXA Setiawalk Outpost merupakan yang pertama di Rantau Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan menyeluruh pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.

Asas bagi setiap projek yang dibangunkan dalam permainan ini bertujuan pemain merasai teknologi terkini, terlibat sama dalam perjalanan cerita dan bermain permainan ini dalam bentuk satu kumpulan.
Komunikasi & Team Building merupakan aspek yang ditekankan dalam projek Hyper-Reality dari EXA Global. Ia membolahkan orang ramai berkumpul dan merasai peluang bekerjasama dalam mencapai kejayaan bersama dalam Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality yang cukup mencabar.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pemainan terbaru abad ini pada hargaPROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 – RM65.
EXA Setiawalk Outpost akan mula beroperasi secara rasmi pada 3 Jun 2017.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web / sosial media atau datang sendiri ke alamat berikut :-

EXA SetiaWalk Outpost

B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333




Thanks to Bro Framestone invite join this game.

0 Comments