Buat mereka penggemar gadget pastinya ingin tahu keluaran smartphone baru yang berada di pasaran. Korang pernah dengar smartphone baru keluaran Xiaomi tak? Haaa, kalau korang nak tahu smartphone Xiaomi Mi5 dikatakan setanding dengan Galaxy Samsung S7, Sony Experia X6, HTC 10, dan LG G5. Smartphone flagship dari Xiaomi ini diyakini mendapat tempat dikalangan pencinta gadget.




Menariknya Xiaomi Mi5 kerana mempunyai fingerprint sensor sepantas 0.3 saat dan menggunakan chipset Snapdragon 820 serta GPU Adreno 530 untuk menjadikan operasi penggunaan smartphone ini berjalan lancar dan menyenangkan pengguna.

Selain daripada itu, Xiaomi Mi5 juga mempunyai bentuk yang simple, ringan dan mudah untuk cengkaman tangan iaitu dengan layar 5.15 inci  dan Gorilla Glass pasti Nampak elegan dan kekemasan dalam tangan. Dengan memiliki spesifikasi 4GB RAM, memori internal dengan pilihan 32/64 GB dan bateri 3030 mAh menjadikan Xiaomi Mi5 telefon pintar canggih dan mampu bersaing dengan smartphone kelas high-end.



Sudah semestinya ramai penggemar smartphone akan utamakan bahagian kamera. Bagi Xiaomi Mi5 pastinya mencuri hati pengguna kerana mempunyai resolusi 16MP dengan Autofocus, LED Flash dan OIS mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Bagi pengguna yang suka swafoto pastinya akan tertarik dengan Xiaomi Mi5 kerana mempunyai kamera hadapan dengan resolusi 4MP.

Kelebihan Xiaomi Mi5
  1. Design berbentuk edge yang kelihatan mewah dan stylish.
  2. Mempunyai layar Full HD dengan LCD 5.15 inchi mampu memberikan kepuasan kepada pengguna dengan kecerahan warna dan focus serta memudahkan untuk melayari internet, bermain game dan menonton video.
  3. Dilengkapi dengan fingerprint sensor sepantas 0.3 saat. Ini memudahkan untuk mereka yang gemar selfie dan sesuai buat golongan yang sibuk dengan kerja harian.
  4. Mempunyai Gorilla Glass 5 yang memberikan impak seperti 3D di bahagian back cover.
  5. Mempunyai support jaringan 3G dan 4G LTE super cepat untuk browsing dan download sehingga 600mb dan kecepatan upload hingga 102mb. Fiuhhh cepat dan memberi kepuasan.
  6. Mempunyai memori internal yang besar iaitu 32GB sehingga 64GB untuk menyimpan banyak fail, gambar dan dokumen.
  7. Mempunyai Dual-Sim salah satu spec yang sering di cari oleh pengguna telefon pintar.
  8. Dilengkapi dengan RAM 4GB dan Snapdragon 820 sesuai untuk operasi telefon pintar yang multitasking cepat dan responsive.
  9. Dilengkapi juga dengan GPU Adreno 350 sesuai untuk permainan game dan kualiti grafik yang tinggi.
  10. Kelebihan Xiaomi Mi5 pada kamera iaitu 16MP sensor sony IMX298 mampu menghasilkan gambar yang jelas, focus, dan mempunyai shutter speed yang cepat dalam pelbagai kedudukan. Autofocus dan LED Flash memberikan kepuasan untuk perakaman video Ultra HD 2160p@30fps. Mempunyai Sapphire crystal lens dan menggunakan DTI technology bagi menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.
  11. Mempunyai kamera depan dengan resolusi 4MP dan 2 mikron pixels sesuai untuk mereka yang suka selfie dan menghasilkan gambar yang menakjubkan
  12. Mempunyai bateri berkapasiti 3000 mAH dengan jenis Li-lion yang mampu aktif bertahan sehingga 24 jam. Mempunyai daya pengisian bateri yang cepat dalam sekitar 1 jam untuk 80-90% kerana dilengkapi dengan Quick Charger 3.0 qualcomm.


Kekurangan Xiaomi Mi5 
  1. Tiada slot untuk microSD/external memory
  2. Batery jenis Non-removable
Menarik atau tidak smartphone keluaran Xiaomi ni, korang boleh compare kan dengan smartphone yang sama level dengan Xiaomi Mi5 seperti yang diterangkan tadi. Sebagai pengguna smartphone yang suka ber selfie, pastinya akan mendapatkan Xiaomi Mi5 sebagai gadget keperluan peribadi memandangkan harga smartphone ini juga dalam kategori harga mampu milik dengan speksifikasi yang cukup memuaskan. Banyak kelebihan smartphone Xiaomi Mi5 ni kan, kalau beli Xiaomi Mi5 sangat berbaloi dan menepati citarasa bagi golongan yang suka mengambil gambar.


7 Comments

  1. Menariknya xiaomi skrg ni. Siapa kaki bergambar boleh lah beli ni satu cuma tu lah xde external memory.

    ReplyDelete
  2. Akak suka Xiaomi Mi ni sebab cantik gambarnya..phone pun exclusive..akak pakai Xiaomi Mi2...

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk info. Sedang mencari-cari yang best untuk guna juga ni.

    ReplyDelete
  4. Wow.. boleh tahan juga xiomi ni kan.. spec dia pun hebat2..

    ReplyDelete
  5. gud info, kalau yang nak beli new phone, boleh pertimbangkan Mi5 ni ..
    kelebihan #10 & #11 tu memang best ... tergoda I ...
    #afbdotmy datang bertandang.

    ReplyDelete
  6. Handphone xiaomi memang terbaik..suka sgt

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿