Salam kesayangan.

Dalam mood raya ni tekak nak ala-ala western pulak. Not fully western lah kan.


Untuk pengetahuan korang Nora nak buat pancake. Selama ni beli je tepung pancake tapi macam tak puas macam tak ada feel. So ni pertama kali Nora nak olah resepi pancake based on POKKA BANANA MILK. Maka terhasillah resepi POKKA Banana Pancake mudah dan sedap.

Kebiasaannya pancake di makan dengan madu, susu atau pun butter. Tapi bagi Nora lebi gemar makan pancake yang kosong nak nak Banana Pancake. Sebab rasa dah sama dengan kek pisang atau cekodok pisang. Cuma beza struktur kejadiannya sahaja.

Jom usya resepi yang Nora share ni.

POKKA Banana Pancake

Bahan-Bahan Yang Mudah Dan Simple
Bahan A
  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu Kecil Baking Powder
Bahan B
  • 2 Biji Pisang Berangan
  • 1 Biji Telur
  • 1 Cawan POKKA Banana Milk
  • 2 Sudu Gula (kalau suka manis boleh tambah lagi 1 sudu)
  • Sedikit Butter
  • Secubit Garam
  • Sedikit Esen Vanila

Cara-Cara
  1. Masukkan semua Bahan B dalam blender dan bland sampai hancur. Nak lagi sedap pisang tu jangan hancur sangat.
  2. Ayak Bahan A dan campurkan ke dalam Bahan B yang telah di blend.
  3. Kacau sebati (nora gua sudu sahaja, korang boleh guna wisk)
  4. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit butter (oleskan dekat pan non-stick)
  5. Sedukkan sedikit dan masukkan ke dalam non-stick
  6. Ulang sehingga habis bancuhan.
  7. Boleh dihidangkan bersama madu, butter, susu ataupun coklat.
Sesuai di makan seisi keluarga sebagai sarapan pagi mahupun minum petang.


Untuk pengetahun korang, POKKA merupakan produk minuman yang semakin popular dikalangan masyaraat kita. Kalau dulu POKKA ni banyak keluarkan minuman based on coffee dan seangkatan dengannya. Tetapi sekarang POKKA telah mempelbagaikan minuman keluarannya yang kini menjadi kegilaan ramai.

Terhasillah POKKA Banana Pancake
POKKA mengeluarkan minuman berasakan buah-buahan antaranya POKKA Banana Milk, POKKA Mango Milk, POKKA Melon Milk dan POKKA Strawbery Milk. Serius kesemua minuman POKKA yang Nora sebut semuanya sedap-sedap. Senang kata memang kena dengan tekak Nora.


Haaa dah alang-alang buat resepi menggunakan produk POKKA, Nora juga rasa nak join contest anjuran POKKA. Korang pun boleh join jugak tau. Syarat contest ni simple je tau.

Syarat Pertandingan :
  1. Beli sebarang produk POKKA Milk bernilai RM10 (minima) dalam satu resit.
  2. Buat satu vidoe atau gambar step by step resipi dari produk POKKA Milk.
  3. Hantarkan penyertaan korang (gambar / video berserta resit) di  photo/video POKKA FB Messenger. 

Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi

  1. GRAND PRIZE: An open house catering package worth RM10,000
  2. CONSOLATION PRIZE x 3: RM200 cash + POKKA hamper + 1 month’s supply of POKKA drinks
  3. WEEKLY PRIZE x 20: RM100 worth of shopping vouchers + 1 month’s supply of POKKA drinks
TAMAT : 30 JUNE 2018

Take your chance and join the contest now!! T&C apply.

Keterangan lanjut boleh layari : POKKA

#PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk #PokkaBananaMilk #PokkaFBContest #ResepiPokkaBananaPancake #ummizarradotcom


1 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿