Untuk makluman korang semua, seperti yang kita telah ketahui Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan herba tradisional secara komersial. 


Oleh yang demikian, CCM Duopharma sentiasa menyokong kuat inisiatif halal dalam memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Inisiatif yang diambil oleh CCM Duopharma menjanjikan pengeluaran produk farmaseutikal yang selamat, bermutu tinggi dan bersih,  seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Sebagai organisasi yang diiktiraf di peringkat serantau, CCM Duopharma sangat komited dalam membekalkan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan yang memberi manfaat kepada umat islam mahupun bukan islam di samping mematuhi peraturan dan keperluan bagi pensijilan halal. Ia juga akan menjadi daya penggerak dalam usaha meningkatkan integriti halal di Malaysia.


Oleh itu, industri farmaseutikal halal di Malaysia dilihat kini semakin pesat membangun dengan adanya pelbagai kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan halal dan bebas daripada sebarang unsur meragukan. Malaysia sendiri telah menjadi peneraju yang giat membangunkan industri farmaseutikal halal demi menjaga keperluan dan kehendak pengguna terutamanya bagi umat Islam.

Namun, pada masa yang sama, ia juga memerlukan peranan daripada ahli farmasi dengan memahami bahan yang terkandung dalam ubat-ubatan bagi memastikan ia selamat dan halal untuk digunakan oleh masyarakat. Sebagai pengguna mahupun ahli farmasi masing-masing perlu tahu tanggungjawab dalam memastikan ubat-ubatan yang diambil tidak memberi kesan pada kesihatan.

Ok, jom Nora share dengan korang tentang Farmaseutikal Halal.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Farmaseutikal Halal?

Farmaseutikal Halal bermaksud pembuatan ubat yang mengandungi bahan yang dibenarkan syariah iaitu bahan yang tidak dicemari dengan najis atau bahan daripada haiwan diharamkan dalam Islam seperti babi dan anjing. Selain itu, bahan berasaskan haiwan perlulah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Proses pembuatan ubat-ubatan juga perlu diproses di kilang yang bebas dan tidak bercampur, berada dekat atau bersentuhan dengan apa-apa bahan yang tidak meme­nuhi hukum syarak.

Walau bagaimanapun, dalam usaha tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna jika terdapat sesetengah ubat-ubatan yang diterima oleh mereka tidak mempunyai logo halal, ia masih selamat untuk digunakan.

Dalam hal ini, kita sebagai pengguna sendiri perlu memainkan peranan dengan bertanya kepada ahli farmasi tentang kan­dungan bahan yang digunakan bahawa ubat-ubatan yang diambil itu halal dan selamat. Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan pen­ting dengan menerangkan secara teliti kandungan dan ke­san setiap bahan serta produk halal kepada pengguna. Haaaa senang kata, kita memang seharusnya mengambil tahu tentang ubatan yang kita makan samada saranan doktor mahupun sebagai supplement.


Pada November 2009, Malaysia telah menjalankan ujikaji di maklmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah mendapati hamir 30 peratus daripada 100 produk yang berada di pasaran didapati tidak halal kerana mengandungi gelatin yang tidak halal.




CCM Duopharma membantu mempromosikan kesedaran kepada pelanggan tentang produk farmaseutikal halal. Pelanggan sekarang lebih memilih dan menyedari apa yang dimasukkan ke dalam badan mereka bagi memastikan kualiti hidup dalam jangka masa panjang.

Sejauh Manakah Keseda­ran Pengguna Di Malaysia Khususnya Orang Islam Tentang Status Halal Ubat  Di Pasaran?

Pada masa kini, pengguna terutamanya orang Islam mempunyai kesedaran dan faham status ubat yang mereka ambil. Ini dapat dilihat apabila ramai pengguna akan membuat penilaian terlebih dahulu tentang produk yang berada di pasaran serta kesan sampingan pada masa akan datang. Kebanyakkan pesakit mempunyai pengetahuan tentang ubat-ubatan halal dan bersikap positif terhadap ubatan yang diterima. Kita sebagai pengguna perlu tahu sama ada kita telah mengamalkan amalan farmaseutikal halal dalam kehidupan seharian ataupun belum. Jadi, kita masih ada peluang dan ruang untuk mengambil langkah positif dalam memastikan ubat-ubatan yang kita makan adalah halal.

Oleh itu, apa-apa sahaja yang melibatkan kesihatan dan nyawa, ia patut dilaksanakan walaupun pilihan yang ada mungkin terdiri daripada ubat-ubatan bukan halal. Sihat untuk seisi keluarga dengan kesedaran Farmaseutikal Halal.

Maklumat lanjut tentang Farmaseutikal Halal boleh rujuk di http://www.myh4p.com/


7 Comments

  1. Setuju. Sebelum kita consume sebarang vitamin atau ubat yang dibeli, perlu tanya dulu dekat pharmacist bertugas tentang kandungan bahan yg diguna. Sebab akan jadi darah daging.

    ReplyDelete
  2. Good sharing Nora.. baru Kak Sue terpikir bahan-bahan yang ada dalam ubat atau vitamin yang kita ambik tu kan. Wajib ambik tau nie..

    ReplyDelete
  3. jangan makan sebarang product tanpa nasihat dari doktor atau pharmacist..nak plak banyak fake product yg mengandungi bahan beracun kan..kena pupuk kesedaran di kalangan masyarakat ni

    ReplyDelete
  4. Jenama dipercayai ccm ni. Memang tak ragu2 dgn this brand

    ReplyDelete
  5. Baguslah Zarra makan vitamin untuk kesihatan antibodi dan minda... CCM memang bagus sekali Fatin dulu pon Bonde beri makan vitamin CCM

    ReplyDelete
  6. Uphamol 650 tu memang Mimi amalkan makan bila tak sihat. Cepat elok

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿