Baru-baru ini Drypers telah melancarkan produk baru iaitu Drypers Wee Wee Dry yang lebih ideal dan mesra untuk kulit bayi. Setiap tahun, ada lebih daripada setengah juta bayi dilahirkan ke dunia dan berada dalam pelukan ibu bapa tercinta. Ramai juga ibu bapa yang pertama kali memasuki dunia keibubapaan. Ibu bapa baharu merasakan mereka perlu cepat belajar dan meneroka cara terbaik menjaga si kecil. Antara perkara penting yang perlu diambil berat ialah pilihan lampin pakai buang. Daripada banyak jenama lampin pakai buang, mana satukah yang patut dibeli? Apakah saiz lampin terbaik yang padan dengan si kecil? Ataupun bilakah patut menukar saiz lampin supaya ia muat seeloknya?

Justeru, Drypers tampil membantu ibu bapa berdepan cabaran itu dengan memperkenalkan ciri baharu lampin yang mudah. Peneraju lampin pakai buang di Malaysia itu kini menetapkan penanda aras baharu dalam memudahkan urusan keibubapan menerusi pelancaran lampin pakai buang versi baharu dan ditambah baik, Drypers Wee Wee Dry. 


Drypers Wee Wee Dry baharu ialah produk pertama Malaysia yang memberikan indikator saiz ideal dengan ciri panduan Tummy Fit Guide*. Ciri ini dicetak pada zon pita pelekat yang membolehkan ibu bapa, terutama bapa baharu untuk mengenal pasti sama ada lampin itu dapat muat dan sesuai dengan si kecil, ataupun perlu memilih saiz lain. Ibu bapa yang sibuk memang kadangkala terlupa menukar saiz lampin anak. Kini mereka boleh menggunakan ciri baharu ini untuk memastikan si kecil kekal kering dan selesa. Ini kerana saiz lampin yang Fit dapat membantu mengelak kebocoran selain memastikan bayi selesa. Tummy Fit Guide juga boleh dijadikan alat bantuan berguna untuk membantu ibu bapa memantau tumbesaran anak. 


“Ciri unik Drypers Wee Wee Dry baharu akan dihargai ibu bapa di Malaysia. Berdepan tugasan keibubapaan memang sudah sedia mencabar, jadi kami percaya ciri  diperbaharui ini akan menjadikan segalanya mudah. Salah satu ciri yang diperbaharui ialah 6 AbsorbDRY layers dengan lapisan lilac yang baharu. Ia membantu menyerap dengan pantas malah menyalur urin dengan lebih sekata bagi mengelakkan kebocoran. Lampin yang FIT dan kering ini membolehkan si kecil bergerak bebas dan selesa. Bersama ciri baharu ini, Drypers Wee Wee Dry menawarkan padanan terbaik agar kulit bayi kering dan selesa, selain ibu bapa menikmati detik-detik indah bersama si kecil,” kata Ms Evelyn Chan selaku Pengarah Pemasaran Vinda Marketing (M) Sdn Bhd.   

Memahami tentang kulit bayi yang baru lahir adalah halus, lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn memberikan penjagaan dan perlindungan optimum dengan ciri Penjagaan Pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi. Stool Lock System™ memerangkap dan membendung najis lembut agar kulit bayi kekal bersih dan sihat. Rekabentuk potongan Navel Care di atas zon pita pelekat pula membantu mengelak geseran pada bahagian tali pusat bayi dan pada masa yang sama membiarkan kawasan itu terdedah kepada aliran udara.

"Lampin Drypers Wee Wee Dry kini turut dicetak dengan rekaan haiwan yang seronok dan menyegarkan selain menunjukkan hubungan rapat antara ibu bapa dan anak. Rekaan berwarna-warni itu bukan saja menarik, tetapi juga menjadikan proses menukar lampin sebagai satu pengalaman yang menggalakkan interaksi menyeronokkan antara ibu bapa dan anak, sambil menjalinkan hubungan unik antara satu sama lain,” tambah Ms Chan.

Pelbagai permainan, pemberian belon, persembahan tarian dan silap mata, serta badut akan menjadi sebahagian acara dan aktiviti pelancaran Drypers Wee Wee Dry. Justeru, dalam usaha memarakkan lebih keterujaan sepanjang acara pelancaran itu, Drypers akan turun ke jalanan bersama Drypers Blue Wheels dengan pelbagai aktiviti promosi menarik. Pelanggan Drypers boleh mengunjungi laman web dan media sosial rasmi Drypers Malaysia untuk menikmati peluang memenangi hadiah istimewa.


Drypers juga memiliki kelab keahlian atas talian yang aktif – Drypers Baby Club dengan jumlah keahlian lebih 400,000 ibu bapa. Drypers bukan hanya menyediakan produk bayi berkualiti, tetapi juga mendidik dan memberikan motivasi kepada ibu bapa menerusi platform atas talian untuk membantu mereka meneroka dan meraikan dunia indah bersama si kecil. Ahli juga berpeluang menikmati program ganjaran menarik - Drypers Point Shop yang membolehkan ibu bapa mengumpul mata ganjaran dengan membeli produk Drypers dan ditebuskan dengan barangan mainan menarik yang berkonsepkan pendidikan.


Sebarang maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Drypers boleh layari Facebook Drypers Malaysia atau laman web www.drypers.com.my .

6 Comments

  1. Lepas ni Nora dah boleh bersiap sedia mencari dan compare harga drypers dah kan...seronoknyaa...lama dah tinggalkan dunia lampin pakai buang ni

    ReplyDelete
  2. lama juga saya tiada anak kecil..

    jadi teringat pula dengan jenama imi..

    dulu selalu beli..

    ReplyDelete
  3. Syafi pernah guna drypers ni. So far ok xde bocor dan harga pun murah.

    ReplyDelete
  4. till now syaza still setia dengan drypers . memang betul bab menyerap2 tu ") salam kenal. syaza follow sini ya~ kalau sudi mai la singgah vitaminsyaza.com ")

    ReplyDelete
  5. wah bagusnya kriteria sekarang

    ReplyDelete
  6. Drypers pun okay jugak. Tak bocor dan selesa bila dipakai anak anak

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿