Salam kesayangan korang...



Sekarang dah pun masuk bulan September, wah dah boleh plan untuk bercuti maklumlah bulan ni pun banyak cuti sekolah dan dah boleh rancang untuk bercuti pada hujung tahun nanti. Nora nak bercuti kalau boleh nak pergi ke pulau-pulau untuk berehat sesekali boleh juga ambil kesempatan untuk shopping. Hahahahahah normal kan sebagai perempuan.

Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Kalau nak bercuti atau melancong, Nora juga macam korang. Semestinya akan buat senarai destinasi yang Nora nak pergi, bajet perbelanjaan termasuk tambang, hotel dan makan bergantung kepada ahli rombongan cik kiah dan tempoh masa perjalanan. Tapi buat masa ni belum boleh untuk melancong jarak jauh sebab dalam tempoh mabuk teruk. Haaaa dah yang mana suka melancong mestilah nak pilih harga terbaik dan berbaloi kan supaya percutian kita nanti benar-benar percutian yang berbaloi untuk diri sendiri dan memuaskan hati serta poket kita kan kan kan.


Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Berita Baik Untuk Kaki Travel

Ada berita baik sekarang ni untuk korang yang kaki melancong tau. Traveloka Sale telah kembali lagi dengan menawarkan diskaun tiket penerbangan yang lebih hebat seakan-akan Matta Fair 2018. Wowwww menarik sangat ni. Inilah satu-satunya peluang yang sangat dinanti-nantikan bagi korang yang sedang mencari tawaran dan promosi terbaik untuk bercuti dan melancong.


Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Jadi inilah masanya untuk mencari pelbagai tawaran dan promosi yangi ditawarkan oleh syarikat penerbangan, travel ejen, hotel dan resort serta pihak-pihak yang berkaitan dengan industri pelancongan dan percutian sempena Traveloka Sale dan Matta Fair 2018.


Haaa kalau dah ada pakej menarik yang di tawarkan seperti Traveloka Saleabration ni janganlah melepaskan peluang pulak ya korang. Untuk pengetahuan korang, diskaun menarik ini hanya berlangsung selama 7 hari sahaja bermula pada 04 September 2018 (Selasa) sehingga 10 September 2018 (Isnin) adalah tempoh tempahan manakala tempoh perjalanan adalah pada bila-bila masa sahaja. Korang akan menikmati promosi Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.


Tempahan Destinasi Pelancongan Dengan Traveloka

Traveloka, sebuah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka untuk destinasi domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara. Traveloka adalah applikasi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download). Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya banyak kelebihan sekiranya membuat tempahan pelancongan menggunakan Traveloka dalam pencarian hotel dan penerbangan untuk percutian korang. Korang boleh menggunakan laman web Traveloka mahupun melalui aplikasi Traveloka yang memaparkan harga pada setiap penerbangan di mana paparan harga untuk tambang dua hala membantu merancang kewangan untuk percutian korang setelah memilih tarikh yang diingini. Mudah sangat tau dengan pilih tarikh percutian, harga akan di paparkan dan kita dapat membuat pengiraan bajet untuk percutian.


Kalau yang bercadang untuk ke Luar Negara, selain dapatkan tiket penerbangan pada harga promosi dari syarikat penerbangan yang terlibat, korang juga akan perolehi keistimewaan lain seperti tiada Booking Fee. Haaaa apa lagi tempahlah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di mana-mana destinasi hanya dengan layari Traveloka.


Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Selain itu, seronoknya melayari laman web Traveloka atau aplikasi Traveloka ini adalah paparan harga yang dikenakan tidak mempunyai sebarang caj tambahan mahupun caj tersembunyi. Apabila kita buat pilihan hotel mahupun penerbangan harga tetap sama dan tiada kos tambahan tersembunyi yang dikenakan oleh Traveloka. Haaa inilah yang membezakan Traveloka dengan aplikasi yang lain.

Traveloka memudahkan korang membuat tempahan hotel dan penerbangan untuk percutian korang bersama keluarga tercinta mahupun teman-teman rapat. Macam Nora, boleh dikatakan ramai dkalangan teman-teman suka melancong dan aplikasi Traveloka ini banyak memberi kemudahan pada mereka yang mana proses untuk booking boleh dibuat oleh keluarga terdekat mahupun sesiapa sahaja.

Siapa pun boleh buat tempahan sebab Traveloka tidak perlu untuk pengesahan. Ye lah kan mana tahu dikalangan keluarga atau teman kita yang nak pergi melancong tetapi tiada masa untuk menguruskan tempahan, haaaa aplikasi ni dah membantu untuk proses booking secara online.

Cara Untuk Mendapatkan Kupon

Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018
Kemudahan bayaran perbankan secara atas talian memudahkan transaksi tempahan dibuat. Selain itu boleh juga ke 7 Eleven terdekat untuk membuat bayaran mengikut jumlah yang perlu dibayar dengan menggunakan mesin MolPay. Semuanya mudah dengan aplikasi Traveloka.


Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018 

Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2018 

Dan biasanya, membeli di matta fair ni selain boleh dapat harga yang agak istimewa, kebiasaanya terdapat tawaran kupon diskaun untuk pembelian segera. Jadi sambil membeli tu boleh la menjimatkan korang dengan pilihan pakej yang menarik yang disediakan sempena Traveloka Sale 2018 ini.

Jadi, jangan lepaskan tawaran menarik ini untuk korang merancang destinasi percutian dan pelancongan korang bersama insan tersayang dan keluarga. Dengan adanya pakej istimewa ini pastinya korang akan dapat mengabadikan kenangan manis bersama teman dan keluarga.


Tempah penerbangan anda sekarang dengan diskaun tambahan 8%, hanya di Traveloka.



11 Comments

  1. memang berbaloi2 dengan traveloka ni kan.. bestnya ada sale macam ni mmg boleh jimat

    ReplyDelete
  2. Senang kan book dgn Traveloka. Ana dah beberapa kali book sebab harga traveloka antara yg murah. Ni ada Traveloka Saleabration lagi lah berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  3. Best kan ada sale macam nie kat Traveloka. Boleh tempah awal dan jimat..

    ReplyDelete
  4. Rasa dah stress sangat dah ni...memang perlukan cuti..boleh la skodeng Traveloka

    ReplyDelete
  5. Wahhh berbaloi pergi bercuti dengan Traveloka siap bagi kupon diskaun... ok bolehlah pergi holiday weeehuuuuu

    ReplyDelete
  6. Lahaiii tergoda pulak dengan promo Traveloka ni

    ReplyDelete
  7. Memang dr dulu suka dgn Traveloka sbb murah dan user friendly

    ReplyDelete
  8. Tengah ada sale kat Traveloka ni memang eloklah grab cepat

    ReplyDelete
  9. berbaloi2 laa kena chopping cepat2 di traveloka

    ReplyDelete
  10. ni kena rembat cepat2. tengah tengah sale ni sesuai nak cari ticket =D

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿