Semestinya kita ingin lalui hari-hari yang indah dan bersemangat untuk lakukan aktiviti dengan menikmati sesuatu yang manis seperti kek, roti dan pastri yang lazat dengan rasa coklat atau keju dari kedai-kedai bakeri. Atau mungkin saja kita ingin mencari kek atau pastri gaya New York untuk nikmati hari biasa atau juga sebagai majlis istimewa. Sebelum ini agak sukar untuk dapatkan kedai bakeri muslim yang menyediakan pastri, kek dan roti yang sedap. Namun kini, banyak kedai bakeri muslim yang pelbagai variasi moden memudahkan untuk korang order food apa yang korang suka. Kalau korang suka menikmati makanan manisan, roti yang segar dan pastri yang lembut Nora kongsikan dengan korang 10 Bakeri Muslim-Friendly yang popular di Kuala Lumpur yang pasti akan membuatkan korang menjerit dengan kenikmatannya.


1.Cake Jalan Tiung




Bermula sebagai home bakers, Shafinaz dan Hidzad merupakan pemilik Cake Jalan Tiung ketika perniagaan mereka dikenali pelanggan dan mula berkembang selama bertahun-tahun. Cake Jalan Tiung juga terkenal menawarkan kuih-muih dengan nama-nama lucu dan unik seperti Cheese Bedebah!, Samseng Kg. Pandang and Handsome Boyfriend. Salah satu kegemaran orang ramai ialah Tiung Chocolate Mess yang dibuat dengan campuran potongan kek coklat, meringue, krim, strawberi dan sedikit susu atau kopi. Kedengarannya pasti pelik sehingga korang benar-benar nikmatinya!


Halal status: Owner Muslim

Waktu operasi : Wed-Sun; 12PM-7PM (closed on Mondays & Tuesdays)

Alamat : 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, Shah Alam

Contact: +6012-878 7258


2. Whip & Whisk KL




Bagi pencinta dessert, pastinya korang suka berjalan kaki ke kedai roti dan kafe seperti Whip And Whisk. Untuk hi-tea pasti akan menikmati dengan sesuatu yang manis seperti Nutella cream cheese cinnamon roll atau lemon blueberry cake. Hanya di sini korang boleh menikmati dessert dari pakar tart dan pastri.


Halal status: Muslim-owned

Opening hours: Tue-Sun, 11AM-9.30PM (closed on Mon)

Address: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Contact: +603 9107 3987


3. Souka Bakeshop




Awalnya bermula sebagai sebuah kedai kecil yang terletak di TTDI, Souka Bakeshop membuat kuih-muih segar dan pencuci mulut buatan sendiri. Sekiranya korang menginginkan makanan manis, pastikan korang singgah di lokasi TTDI mereka (yang menyajikan kek sahaja) atau di kedai utama mereka yang lebih baru dan lebih besar di SS15, Subang Jaya.


Menjejakkan kaki ke Souka, korang pasti akan kagum dengan pilihan pencuci mulut yang agak klasik. Di Souka menggunakan bahan-bahan halal berkualiti tinggi dan 100% untuk mencipta makanan yang sedap dengan tekstur tersendiri. Korang boleh order food seperti pavlova untuk menikmati hari indah dengan manisan setelah penat bekerja.


Halal status: Muslim-owned

Alamat : 15 Lorong Rahim Kajai 13 Taman Tun Dr Ismail 60000 KL

Waktu operasi: Mon-Thur; 3PM-12AM, Fri; 3PM-1AM, Sat-Sun; 11AM-1AM

Contact: +603 7732 2248


4. The Bread Shop, Bukit Damansara




Dimiliki oleh Peng Merican, Bread Shop bukanlah kedai roti biasa yang korang selalu fikirkan. Dari roti putih yang baru dibakar hingga pastri yang sudah semestinya lembut dan roti walnut cranberry, ia pasti sukar untuk membuat pilihan!


Pelanggan yang pernah datang ke Bread Shop pasti akan kembali ke sini lagi untuk mendapatkan cruffin mereka! Pilihan antara croissant dan muffin, cruffin yang disajikan di The Bread Shop terdapat dalam lima rasa iaitu lemon, coklat, salted caramel, ceri dan peanut caramel. Roti bakar lain yang popular ialah Butterscotch Banana Danish. Adakah korang rasai kenikmatannya seperti meleleh air liur? Hehehe, sekiranya ya, segera datang ke The Bread Shop sekarang atau boleh terus order food atas talian sahaja. Jangan risau kerana roti dan pastri mereka 100% Halal.


Halal status: Muslim-owned.

Opening hours: Mon-Fri; 8AM-7PM, Sat; 8AM-6PM (closed on Sundays)

Address: 11, Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Contact: +603 2093 8734


5. Dotty’s Pastries & Coffee




Bermula pada Januari 2016 di TTDI, Dotty's bukan lagi asing di kalangan penduduk tempatan di Kuala Lumpur. Terkenal dengan pastri yang sedap dan pelbagai roti buatan mereka, tidak mengejutkan biasanya di restoran ini tidak terdapat meja kosong. Salah satu makanan yang paling laris ialah salted egg yolk cronuts mereka. Croissant dan donat ini dijual setiap hari pada waktu tengah hari dan habis dalam sekelip mata. Terkenal dengan teksturnya yang lembut dan halus dari campuran salted egg yolk, korang pasti akan meminta-minta inginkan lagi banyak selepas satu gigitan. One bite can make everything ! Korang boleh walk-in atau order food secara atas talian sahaja untuk nikmati bersama yang tersayang.


Sejak dari itu, Dotty's berkembang menjadi 3 kafe iaitu Le Petit Dotty's di Platinum Park, Dotty's Parlour di Bangsar Shopping Centre, dan juga Dotty's Pastries & Coffee di Suria KLCC!


Halal status: Owner Muslim

Waktu operasi : Wed-Sun; 12PM-7PM (closed on Mondays & Tuesdays)

Alamat : 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Contact: +603-77334233


6. The Hyacinth Cafe




The Hyacinth Cafe adalah kedai roti yang dibuka oleh bekas peguam yang bertukar menjadi bakers iaitu Yani Othman (@thekitchenguardian). Walaupun pada awalnya bermula sebagai perniagaan kecil dari rumah, populariti baked goodies berkembang pesat dan dia dapat membuka The Hyacinth Cafe (yang merangkumi studio untuk baking classes!) di Desa Melawati.


Walaupun tidak tahu bila waktunya berhenti dari memikirkan makanan manis yang ada di kafe ini ia menjadi kegemaran ramai termasuk Victoria Sandwich, kek Pandan Gula Melaka, Kek Rose Pistachio, dan lemon loaf. The Hyacinth Cafe juga mempunyai beberapa pilihan sedap yang boleh korang cuba nikmati, seperti quiches, steak pies, croissant sandwiches, dan juga greek moussaka!


Halal status: Muslim-owned

Opening hours: Mon-Sat; 11AM-7PM (closed on Sundays)

Address: Taman Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Contact:+6019-394 5608


7. Apronfools




Sebuah kedai roti yang mempunyai kawasan sekitar yang selesa, apabila masuk ke dalam Apronfools korang akan disambut dengan kek dan roti yang memukau mata kelihatan indah dan pastinya enak. Pastinya korang ingin dapatkan chesse cake terlaris di sini dan signature Earl Grey Cake yang sangat sedap. Korang cubalah, semestinya nak lagi dan akan teringat akan kelembutan kek dan roti di Apronfools.


Halal status :Muslim-owned.

Address: 27, Jalan USJ 2/2c, Usj 2, 47620 Subang Jaya, Selangor.

Operating Hour: 1-10 p.m. (Fri) 2-10 p.m. (Sat&Sun) 12-10 p.m.


8.  Gula Cakery




Gula cakery bermula sebagai home based bakery, dengan pemiliknya bernama Arieni. Arieni dan ibunya membuat semua kuih dan delivery kepada semua pelanggannya. Gula Cakery mula mendapat tempat dikalangan peminat cake dan pada bulan September 2015 Arieni dapat membuka Gula Cakery di Kota Kemuning, di mana pelanggannya bukan sahaja boleh datang untuk menikmati pelbagai jenis kek, tetapi juga mengikuti kelas bakery yang disediakan. 😊


Kalau korang datang ke sini, terdapat banyak pilihan kek dan pencuci mulut iaitu sebanyak 26 jenis antaranya termasuk manggo cheese cake, kek pandan gula melaka, burnt cheese cake, pavlova, donat dan opera cake. Gula Cakery juga mempunyai kawasan permainan untuk kanak-kanak, jadi ini adalah tempat yang baik untuk keluarga menikmati  makanan yang sweet!


Halal status: Muslim-owned

Opening hours: Mon-Thu; 12PM-8PM, Fri-Sun; 12PM-8.30PM

Address: 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Contact:+60 3-5131 4604


9. The Loaf




The Loaf merupaka bistro yang menawarkan roti, pastri, dan makanan ala Jepun seperti white sesame cookies, lemon cranberry cube cake, dan roti bakar yang lembut. Di The Loaf menggunakan produk berkualiti tinggi, kebanyakannya diimport dari Jepun namun beberapa barang penting untuk pastri diimport dari Australia, Belgium, dan Perancis.


Kedai pertama The Loaf dibuka di Langkawi pada tahun 2006, kedai roti terus mendapat populariti dan sekarang terdapat lebih dari sepuluh outlet di Malaysia. Saya sangat mengesyorkan roti ini untuk sarapan kerana roti dan pastri adalah yang paling sedap di kafe itu sendiri.


Halal status : Menggunakan ramuan yang disahkan halal dan alkohol tidak disajikan

Waktu operasi : 10am – 10pm Daily

Alamat: Lot GF.41, Ground Floor, Nu Sentral No, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur



10. White Brick Oven




White Brick Oven terletak tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur  dan menjelajah sedikit sahaja untuk  mendapatkan roti yang sedap! White Brick Oven terletak di kawasan biasa dan bukanlah elite, tetapi ia sangat berbaloi dan mendapat tempat di hati penggemar rori. Restoran ini terletak di Sg Buloh boleh dikatakan kawasan desa yang nyaman dan menenangkan dengan menawarkan roti klasik dan makanan bakar lain. Ia diimiliki oleh pasangan Muslim iaitu Mustapha dan Mardia dan nama White Brick Oven itu berasal dari ketuhar bata yang dibina oleh owner iaitu Mustapha.


Keistimewaan White Brick Oven adalah roti dan kafenya itu sendiri. Owner melakukan sendiri untuk membuat doh roti dan pastri serta making their own sourdough. White Brick Oven juga menghasilkan croissant, pastri, bahkan pizza dengan Neapolitan style bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan yang mungkin datang terus ke kafe atau order food secara atas talian. Dan untuk pengetahuan White Brick Oven hanya menyajikan makanan vegetarian!


Halal status: Muslim-owned

Opening hours: Tue-Thu; 10AM-4PM, Fri; 10AM-12PM, Sun; 9AM-5.30PM (closed on Mondays and Saturdays)

Address:Jalan Gajah 14, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Contact:+60 11-1106 2368



Selepas korang tahu terdapat 10 bakeri Muslim-Friendly pasti korang rasa menetes air liur kan? Sejujurnya Nora juga suka nikmati hidangan santai seperti kedai roti, pastri dan kek. Jika Nora masih berada di bandar metropolitan pasti habiskan sisa hujung minggu membeli dan melepak di kafe sebegini.


Namun, kini semuanya dihujung jari. Kalau korang malas hendak berjalan ke kedai kek atau roti tapi ingin sangat nikmatinya, korang boleh order food menggunakan foodpanda untuk dapatkan kek dan roti kegemaran korang. Hanya perlu muat turun aplikasi foodpanda korang boleh dapatkan ia sehingga depan pintu rumah sebab perkhidmatan order food dengan foodpanda menyediakan penghantaran di seluruh kawasan sedia ada. Wow !









5 Comments

  1. Sedapnye kek. Menarik sungguh semuanya.terliur tengok. Thank you share. Kalau ke kl teringin makan bolehla berkunjung

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok semua kek πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  3. Saya suka teruk masuk kedai kek dan bakery. Di Kuantam ni pun ada beberapa kedai kek dan bakeri yang sedap dan halal.

    ReplyDelete
  4. The Loaf faveret Ruby. Tapi semua tu sedap. Tak pernah lg order roti dengan food panda. Selalu order nasi dan pizza. Hahaha. Bleh cuba order roti, kek or pastry plak kan. Hehehe

    ReplyDelete
  5. dlm senarai tu dh pernah mkn yg no 1, 3 & 9 tp the loaf smua cawangan kt kl tutup dh since 2018..yg nu sentral tu br ek?

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿