Baru-baru ini Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah meraikan hari lahirnya bersama isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarga serta rakan taulan yang terdekat. Di dalam majlis tersebut Datuk K telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana berkat ajaran Dr Azizan Osman, anaknya Asyraf Khalid telah berjaya membina empayar perniagaan yang sangat membanggakan.

Perniagaan yang diberi nama Mutyara itu merupakan perkongsian perniagaan Asyraf bersama isterinya Tya. Hasil kejayaan tersebut telah berjaya meletakkan diri anak dan menantu Datuk K sebaris dengan usahawan berjaya lain. 

Apa yang lebih membanggakan lagi, hasil kejayaan itu berjaya di bina hanya dalam masa 3 tahun saja, ini ternyata sebuah tempoh masa yang sangat cepat dan pantas. 

Apa yang lebih mengesankan, Datuk Wira Dr Azizan Osman tidak hanya berjaya membantu bimbing Asyraf dan Tya untuk mencapai kejayaan sebagai pasangan usahawan yang berjaya tetapi juga dapat membantu mencorak kehidupan Asyraf untuk berjalan ke arah yang lebih baik berbanding dulu. 

Ini diakui oleh Asyraf sendiri tatkala beliau mengakui yang dirinya dulu seorang yang nakal tetapi kini telah berjaya di buka mata untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan bermakna tanpa terus membuang masa secara sia-sia. Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. 

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan penuh bangga ayahnya itu secara tidak langsung telah membuatkan dirinya berasa lega. Ini kerana, membuat ayahnya bangga terhadap dirinya merupakan salah satu impian terbesar yang ingin beliau realisasikan. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.












Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

 











Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.


Datuk K pastinya sangat gembira dengan apa yang berlaku. Bagi Datuk K, beliau sangat berterima kasih terhadap Dr Azizan Osman kerana begitu bersungguh-sungguh dalam mencorak kehidupan anak-anak didiknya (termasuk Asyraf) sehingga boleh menjadi insan yang lebih bagus dan lebih berdedikasi.

Hasil penat lelah Datuk Seri Dr Azizan Osman bersama pasukan RichWorks kelolaannya ternyata benar-benar mampu melahirkan ramai jutawan dari dulu hingga kini. 


Pada sesiapa yang benar-benar nak berjaya dalam dunia perniagaan, ada baiknya ikuti kelas bimbingan Dr Azizan Osman. Sedut dan praktik segala ilmu usahawan bersama RichWorks untuk memperkembangkan lagi bisnes masing-masing ke tahap yang lebih membanggakan.

 

2 Comments

  1. kagum dgn nilai dan value yang diajar or Dr Azizan ni. patutlah ramai yg berjaya. tahniah asyraf

    ReplyDelete
  2. Baccarat | The most popular card game to play - FaBCasino
    How to play the card game in the video 라이트닝 바카라 poker world: You will play in the 온 카지노 style of the titanium wire famous poker hand (from Ace 바카라 사이트 of 아벤 카지노 Spades).

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿