.:Cinta Pertama:.

Friday, April 18, 2008

Sinopsis : CINTA PERTAMA

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Harga : RM 19.90
Halaman :520I
SBN : 983-124-119-3

Sedikit Sedutan:Bab 11
Dr Afifah berasa bimbang melihat keadaan Sabrina. Semalam ketika mengunjungi madunya, dia sudah tidak sedarkan diri. Menurut doktor pendarahan berlaku semula menyebabkan keadaan Sabrina tidak bermaya. Tengahari itu, Hj Ahmad menelfon, memberitahu yg pernafasan Sabrina tidak menetu; sekejap bernafas, sekejap terhenti, Dia kemudian lantas menelefon Nurul Iman hendak meluahkan keresahan kepada anaknya itu."Mak Uda dah tenat, Iman. Apa perlu kita buat...:Ketika itu Nurul Iman berada di pejabat. Sedang meneliti beberapa dokumen yg difakskan oleh pelanggan ke pejabatnya."Berdoa ajelah umi. Apalagi yang kita mampu buat" Selamba jawapan Nurul Iman."Kasihan dengan Eddy dan Miza, kalaulah mak mereka pergi bagaimanalah agaknya. Lagipun Mak Uda kamu terlalu muda untuk mati. Baru 42 tahun, Iman"::

:Komen :
:Kisah percintaan dan kegigihan seorang wanita madu. Cinta Pertama banyak berkisah dengan cinta Carl Zafran dan Nurul Iman, di selang seli dengan masalah keluarga Nurul Iman yang mempunyai ibu tiri yang sakit, dan adik beradik tiri yang tidak mengenal erti kesusahan, sentiasa dilimpahi dengan kekayaan, dan akhirnya cemburu dengan kejayaan Nurul Iman.
Rating : ***+ ( Sesuai untuk pembaca yang suka baca berhenti-henti. Slow sikit jalan ceritanya)

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿