Kerana Dia

Thursday, December 23, 2010




Teman,
kerana kelukaan
kau dan aku bertemu
kerana kelukaan jugalah
kau kusayang
namun sebak hatiku mengenangkan
kau hadir dalam hidupku
untuk apa...

Teman,
jangan kelukaan kau benci
kerana kelukaan kita berjumpa
kerana kelukaan tempatmu di hati
usahlah kau ragu
aku tetap gembira disampingmu
walaupun bersama dia dulu
aku pernah tersenyum

Teman,
jangan kau marah aku
andai aku melakukan salah
kau tahu kisah silamku
kerana dia pernah bertakhta
dia cukup unggul di mataku
dia pernah menyebut cinta padaku
dan aku separuh mati mempercayainya
lalu kerana dia jugalah
hidupku tak keruan
kerana dia
aku cukup derita

Teman,
jangan kau berdendam pada kelukaan
hanya kerana dia yang pertama
hanya kerana dia kau yang ke-2
walaupun kau datang selepasnya
kasih sayangku padamu
setulus hati
ibarat kau yang pertama
bukan sekadar pengganti...

Teman,
kau perlu tahu
tak betahku mengenalimu
tak mungkin kita berbucara
jika bukan kerana luka...
yang melangkah pergi...
dari episod hidup ini



Berlalulah sepi pergilah kelukaan kerna aku ingin hidup bahagia.. cehh mood jiwang plak.. xboleh blaa aku nie.. toink toink..

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿