Salam sayang....

Dimulakan dengan dengan ini saya merasmikan Blog Monolog Tanpa Suara yg selama ini menggunakan 
nama projekhati.blogspot.com kepada Ummizarra.com bermula pada 4.6.2014 (Rabu).

Sekian maklum bahawa blog ini telah banyak kali diberi penjenamaan tapi masih kekal 
dengan tagline Monolog Tanpa Suara.

Blog ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan lebih kepada blog personal secara santai. 
Sesungguhnya blog inilah sedikit sebanyak menceritakan sebahagian kehidupan nora. 
Dari suka kepada duka dari bahagia kepada derita dan seterusnya. 
Walau apapun Alhamdulillah blog ini masih wujud walaupun terlalu banyak URL bertukar. 
Walaupun follower nampak macam ramai tapi hakikatnya nora masih tidak friendly dengan kalian.. 
Teramat berdukacita akan perkara ini. Oleh itu, tekad dan azam nora untuk kekalkan blog ini 
masih terus bernyawa makanya nora kembali aktif walaupun agak suam-suam kuku dan seperti chipsmore.

Dengan semangat yang ada nora memilih untuk menukar domain dari menggunakan blogspot 
nora tukar kepada dot.com.
Alhamduillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih atas bantuan dan sokongan 
daripada teman-teman blogger terutama kepada abah Potia Casadelarossa dan 
juga keluarga KBBA Lembah Klang yang sangat memahami.
Di atas bantuan dan sokongan yang diberi Monolog Tanpa Suara telah berwajah baru.

Sekarang nora nak kalian yang mengikuti blog ni (errrkkk.. macam ada pengikut aje kan) 
boleh memanggil nora sebagai ummi atau pun nora.
Maklumlah sebelum ini terlalu banyak nama samaran yang nora guna. 
Dan sebelum ini nora berblogging sekadar suka-suka. Tetapi sedikit demi sedikit nora 
menyertai segmen ataupun sebarang event.
Syukur kerana Allah masih memberi ruang untuk nora berblogging.

Dan untuk pengetahuan kalian nora bangga dengan blogger yang ada di malaysia
kerana kalian telah dipandang dan sama level dengan yang lain.
Otai-otai ramai dan mari sama-sama kita pelajari dari mereka.

Dari blog biasa suka-suka nora ingin jadikan blog ini lebih aktif. 
Alhamdulillah dalam masa beberapa bulan nora mengenali blogger lain, mengikuti event dan
macam-macam lagi. Seronok sangat bila masa yang kosong diisi dengan perkara yang berfaedah.

Diharapkan kalian bantu dan beri tunjuk ajar pada nora yang serba kekurangan ini.







Search Results

2 Comments

  1. wahhh..tahniah ummi dh tukar domain..tp ms kenal ummi pun ummi dh pakai dotcom ni..hihi..semoga terus sukses dlm berblogging..tunjuk ajar klu kite salah yer..

    *kimslm kt zarra yer..hihi

    ReplyDelete
  2. Sedap nama domainnya. :), Selepas ni, makin bersemangatlah untuk menulis. :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿