Selamat Hari Raya Aidil Adha

Sunday, October 05, 2014

Salam Sayang...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada Nora dan Nur Izarra Qistina serta sekeluarga.

Tahun ini merupakan tahun ke 3 kami beraya kedua. Dan pada Hari Raya Aidil Adha jugalah sebuah ikatan berakhir.

Ok bukan nak cerita sedih bukan nak ingat memori kembali. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan pada Nora untuk menikmati kehidupan bersama anugerah dan amanah Allah.

Macam biasa Nora akan menyambut Hari Raya Aidil Adha ini di rumah mak abah di Gemas, Negeri Sembilan. Maklumlah cuti cuma satu hari jadinya persiapan sekadar ala-kadar sahaja.

Cuma beza tahun ini meriah rumah mak abah sebabnya along anak-beranak balik dan adik abah sekeluarga turut beraya di sini.

Tahun ini meriah dengan makanan rendang, ketupat, lemang, kuah lodeh, kuah kacang dan tradisi hantar ke rumah jiran terdekat masih dikekalkan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana kami sekadar memasak lauk biasa sahaja seperti Nasi Tomato, Nasi Beriyani, Soto, dan lain-lain.

Ok lah di kesempatan ini Nora ingin memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran kata. Sedia maklum Raya Korban ini lebih kepada untuk kita mengingati Kisah Nabi Ibrahim berkorban kerana Allah dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail. Subhanallah sesungguhnya kebesaran Allah itu tiada tolok tandingnya.

Semoga mendapat keberkatan kepada mereka yang melaksanakan ibadah korban hari ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha daripada Nora bersama #kelabbloggerbenashaari...

You Might Also Like

1 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿