Salam Uols...

Korang korang ingat lagi tak pasal Drama Seludup ni. Nora pernah share pada entri yang lepas. Kalau tak ingat ni link entri lepas Drama Bersiri Seludp dan Peluang Berlakon dan Pemenang Ujibakat Drama Seludup.

Ok baru-baru ni nora ada pergi ke tayangan perdana untuk Drama Bersiri SELUDUP ni pada 20 November 2014 di TGV, One Utama yang lalu. Seronok sangatlah sebabnya dapat jumpa semula artis-artis yang terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini.

Drama ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip dan Jehan Miskin(penerbit).


Semasa sesi tayangan perdana drama ini pihak-pihak yang terlibat di dalam pembikinan drama turut hadir antaranya krew produksi, penaja, media, wakil Astro dan para pelakon yang terlibat. Lagu latar dan muzik latar untuk drama Seludup ini adalah daripada penyanyi Aizat Amdan. Best sangat lagu ni. Aizat Amdan turut hadir semasa tayangan perdana drama ini.

Apa yang booleh nora perkatakan adalah Drama ini penuh dengan fiksyen mendebarkan dan membuatkan nora tertanya-tanya untuk cerita selanjutnya.

Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap Khamis jam 9:30PM bermula pada 4 Disember 2014 di Astro Prima (Saluran 105).
Ulangan hari Sabtu (6 Disember 2014) di Astro Maya HD pada jam 6.00 petang.

Untuk  maklumat  lanjut  sila  layari 
Instagram : @seludup



Barisan Pelakon Drama Bersiri Seludup

0 Comments