Happy sangat my dotter Nur Izarra Qistina bila terima play-doh party pack. Maklumlah play-doh mempunyai warna-warna yang menarik dan mempunyai kandungan non-toxic.

Bila anak gembira hati umi pun senang hati, memandangkan zarra boleh aplikasikan imaginasinya dengan play-doh untuk mencipta dan mengukir ciptaannya.
Warna-warna yang menarik daripada play-doh dapat membantu zarra mengenali warna dan bentuk-bentuk yang dibuat.


Sempena Sambutan Bulan Play-Doh® yang bermula pada 21 hingga 27 September 2015 bertempat di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka dengan menggunakan play-doh berilhamkan Malaysia sama ada memilih untuk membuat ukiran nombor ataupun huruf.

Selain daripada itu, bulan Play-Doh ® ini juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencipta Play-Doh® yang terbaik bagi mencapai The Malaysian Book of Records.


Jom sertai nora pada 26 September 2015 ini bagi sama-sama menyertai cubaan The Malaysian Book of Records bagi mencapai kejayaan rekaan Play-Doh® untuk di pamerkan kepada tontonan semua rakyat malaysia.

Yang pastinya sambutan bulan Play-Doh® kali ini mestilah bertemakan Malaysia. Selama 50 tahun Play-Doh telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta dan bereksperimen dengan ciptaan mereka sendiri.

Lihat hasil imaginasi zarra dan sepupunya, walaupun jauh lari dari tema Malaysia tapi usaha anak yang berumur 3 tahun 8 bulan dalam menghasilkan ciptaannya. Apa pun ummi bangga dengan anak ummi.

Untuk maklumat lanjut mengenai bulan Play-Doh® boleh layari laman web

Jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan aktiviti pada Sabtu ini 26 September 2015 di One Utama.
Jom aplikasikan apa yang bermain difikaran dengan menggunakan Play-Doh.

2 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿