Pelancaran Produk Innergie Travelers Power Pack

Friday, July 29, 2016

Salam Sayang...


Baru-baru ini, nora berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Produk Innergie yang baru iaitu "Travelers Power Pack" yang direka khas khusus untuk mereka kaki travel. Bagi mereka yang suka travel boleh memiliki rangkaian produk Innergie ini kerana para travel tidakl perlu lagi membawa pelbagai peranti untuk setiap gadget seperti pengecas telefon bimbit, pengecas tablet, powerbank, pengecas kamera mahupun adapter laptop.



Bukan kaki travel je akan menghadapi kesulitan, malah nora sendiri alaminya yang mana runsing bila memikirkan terlalu banyak peranti perlu di bawa sebagai nyawa untuk gadget yang sedia ada. Korang pasti lalui perkara yang sama kan?



Oleh itu, dengan pelancaran "Travelers Power Pack" dari Innergie ia sangat membantu kita semua dalam menyelesaikan masalah untuk travel mahupun balik ke kampung yang mana kita tidak perlu lagi nak usung pelbagai peranti. Dengan adanya produk keluaran Innergie hanya satu bag kecil sudah memadai yang mana "Travelers Power Pack" sudah lengkap untuk memenuhi keperluan gadget kita.



Dengan satu produk Innergie 'Traveler’s Power Pack' iaitu kombinasi ketiga-tiga produk (trio) dengan satu set harga menarik dalam kuantiti terhad. Pembeli terawal berpeluang mendapatkan PowerGear ICE 65 (adapter perjalanan) bersama WizardTip (penghubung pengecas kelajuan tinggi USB) dan LifeHub Plus (hub pengecas) dengan diskaun 20% pada harga RM 325.60 (harga sebenar RM 407.00), atau belian PowerGear ICE 65 (single UK plug) dan percuma WizardTip bernilai RM 39.00 dengan harga RM 209.00. 'Traveler’s Power Pack' boleh dibeli secara online di LAZADA  dan kedai-kedai IT yang mengambil bahagian. Ketiga-tiga produk ini disertai dengan warranty, teknologi mesra alam, penjimat tenaga GreenSense dan InnerShield, pelindung keselamatan



PowerGear ICE 65 adalah adapter universal untuk laptop dengan plug yang boleh ditukar ganti untuk disesuaikan dengan kuasa elektrik dalam lebih 150 negara dan ianya sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sama ada untuk urusan perniagaan atau percutian.

WizardTip iaitu penghubung pengecas kelajuan tinggi USB yang digunakan sebagai adapter laptops dan disambungkan kepada PowerGear ICE 65 untuk memberikan port USB bagi tujuan mengecas peranti yang disambungkan.

LifeHub Plus merupakan salah satu alternatif penghubung beberapa peranti dicas dengan serentak, Dilengkapi cip pintar dalaman, ia boleh mengesan pelbagai paranti yang disambungkan dan menyesuaikan kuasa tiga port USB 2.4A dengan sendiri.

Thank you Inergie sebab bagi Power Combo Go Hub. Yeayyyy boleh chas fon dalam kereta dengan senang hati



Dengan rakan blogger/media

Untuk maklumat lanjut tentang ‘participating retailers’

sila hubungi pengedar Innergi di :

Afforda Notebook Solution SB (03-8070 8315)

Convergent Distribution (M) SB (03-2144 1881).


Maklumat lanjut produk Innergie boleh layari: www.myinnergie.com

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿