Aku tahu, tak baik terus begini.

Jika boleh memilih, aku ingin menggunting peta takdir. Agar tidak perlu melalui banyak hati, dan langsung sampai di pelabuhan terakhir. Tapi inilah perjalanan. Kaki bertugas melintasi dan hati mempelajari apapun ibrah yang diberi. 





Allahuakhbar.
Sungguh ummi tak sangka zarra cemburu sampai menangis, merajuk. Sayu je suara zarra bergetar ungkapkan bicara.

Maafkan ummi sayang.

Niat ummi saja nak bergurau dengan zarra, nak share ummi buat apa dengan siapa. Selama ni pun sometime zarra tidak kisah sometime zarra tidak ambil peduli langsung.

Untuk pengetahuan korang, Nora share gambar keluar bersama sepupu zarra, gambar yang happy dekat dia siap kata ummi rindu adik, kan best kalau adik ada. Melalui whatsapp nora berhubung dengan zarra. Mula-mula dia ok je, siap berborak lagi. Siap pesan hati-hati.



Dah petang tu dia call tanya ummi dekat mana, bila kata ummi dekat Seremban jumpa aken tiba-tiba terus dia menangis sedu-sedu. Terkejut sangat sampai tanya zarra kenapa. Ummi sekejap je jumpa aken.

Zarra berkata...

"Ummi tak sayang zarra ke? Kenapa ummi tak bawak zarra jumpa aken. Ummi kan tahu zarra rindu aken. Kenapa ummi pergi jumpa tak bawa zarra, zarra nak jumpa aken, ummi tak kesian tak sayang zarra ke?"


Haaaaaaa bertalu-talu dari zarra sambil mengongoi tangisan dia. Ummi tidak ada niat sayang nak buat kamu sedih... :(


Selepas maghrib zarra call lagi. Dia tanya kenapa ummi bawa abang kakak pergi jalan, siap merayu kata jangan bawak lagi.

Tiba-tiba zarra berkata "Kenapa ummi bagi gambar ummi dengan abang, kakak tasya, kakak qalesya? kita tak suka tengok ummi faham tak?"

Luangkan masa bawa zarra jalan-jalan

Masa tu nora terkejut sangat. Tak sampai 5 minit dia call lagi menggunakan whatsapp. Menangis tanya macam mana nak buang gambar tu, Nora pun tanyalah kenapa nak buang. Cepat dia jawab kita tak suka tengok. Lalu nora pun ajar satu-satu cara nak buang gambar dan dia jawab zarra cuba. Dalam hati ni, terdetik anak aku cemburu, kecik hati rupanya. Dah besar rupanya zarra. Berusaha untuk buang gambar. Lagak seperti orang dewasa menerima arahan dari panggilan telefon.

Tup-tup dia call lagi meraung suara dia sambil cakap zarra tak boleh buat. Masa tu nak ketawa ada, hiba pun ada. Pesan dan pujuk dekat dia suruh minta tolong dengan nenek. Tapi dia jawab nenek tak nak tolong zarra. Ummi tolonglah buang, kita tak suka, ummi tak sayang kita ke? Soalan yang sama zarra ulang. Ummi janganlah bawa abang kakak lagi. Ummi bawa kita je lah pergi jalan-jalan. Dalam nada sedu-sedu rayuan si anak.. Allahu bergenang air mata ummi.

Kau Cuba Senyum walau Dalam Hati Allah Saja yang Tahu. Ummi nampak zarra kuat. Cuba tidak menangis tapi ummi yang menangis.
Dalam masa beberapa minit zarra asyik call ummi, dalam menahan rasa hiba dengan apa yang terjadi dengan di tambah cemburu zarra bercucuran air mata ni. Rasa sakit sangat, sambil drive dalam keadaan hujan nora hanya mampu menangis semahu-mahunya. Penat sangat rasa dengan apa yang dilalui, tiba-tiba rasa tidak dihargai, tiba-tiba perasaan jahat tu datang terjah. Sakit sangat tuhan je yang tahu.

Mak kata, Zarra rindu sebab tu dia sangat baik dan asyik nak minta di layan. Ummi tak sangka Zarra boleh habiskan mee sup ini.

Perjalanan yang jauh hanya 5 minit sahaja. Allahuakhbar dari rasa lapar sangat sampai hilang selera makan. Drive sambil pujuk hati sendiri. Pikirkan anak, pikirkan nasib diri. Apa yang aku dah buat untuk hari ini. Melukakan hati si anak, dan terlukanya hati sendiri semata-mata nak menjaga hati orang lain. Sampai pasang double signal berhenti tepi jalan. Ya, ampunilah aku, jauhilah aku dari perasaan yang sia-sia. Lindungi anakku yang jauh dimata.

Dah lewat malam nora call mak, tanya keadaan zarra. Mak kata dia sedih sangat asyik cakap tak ada siapa sayang zarra. Nenek selalu marah zarra, ummi jalan-jalan dengan abang kakak. Zarra sedih macam ni. Semua tak sayang zarra. Mak pujuk, nenek dengan atok kan sayang zarra, jaga zarra, ummi lagi sayang zarra, Aken pun sayangkan zarra sebab tu aken banyak pesan dekat zarra, ummi ada hal bawa kakak abang. Puas mak pujuk zarra. Cuba selami hati seorang cucu.


Zarra minta selfie. Lagak macam ummi bak kata atok. Sebiji kaki bergambar.

Zarra pula suarakan kenapa ummi tak bawa zarra jumpa aken sekali. Zarra rindu aken. Nenek tak tau ke? Atok zarra kan rindu aken. Ya Allah, sampai begitu sekali. Bercucuran air mata ni bila mak sampaikan cerita zarra.

Bila mak ceritakan semula, dalam senyum bergenang air mata. Dah besar anak dara nora. Maafkan ummi sebab banyak kali melukakan hati mu.

Cuti baru-baru ini jumpa dia, siap dia tunjuk drama dalam tv. Ummi nenek, tengok cerita tu, kita nak macam tu lah, ada ayah ada ummi duduk sama-sama tengok tv. Kan best macam tu kan ummi. Terkedu sangat nora dan mak saat tu. Ya Allah apa perasaan yang kamu rasa wahai anakku. Hanya 6 bulan kamu dapat merasai belaian insan bergelar ayah kemudian kamu ditinggalkan. Setahun 2 bulan seseorang datang memberi kekuatan, memberi kasih sayang pada kamu sehingga hari ini.

Besar sangat harapan yang kamu bawakan untuk miliki sebuah keluarga yang lengkap. Ada ayah, ummi, adik. Itu harapan Zarra. Selalu berangan untuk miliki itu. Siap suruh ummi kahwin. Bila ummi kata nak kawan dengan orang lain, kahwin dengan orang lain, laju zarra jawab Tak Boleh.

Moga ada sinar kebahagiaan buat kita sayang. Moga Allah sentiasa beri perlindungan dan permudahkan segalanya untuk kita. Andai pengorbanan ini jalan yang terbaik mohon Allah tabahkan hati kita berdua. 

Wahai hati, aku bersyukur kerana punyai hati sepertimu. Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun. Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih. Itulah engkau, hati. Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat dan disayat, kau tetap terus berfungsi untukku. Hanya untuk aku terus kuat demi amanah Allah ; Nur Izarra Qistina


2 Comments

  1. Alahai...meleleh2 airmata akak baca entry ni..kita hadapi perkara yg sama..masa anak akak sebaya zarra..anak kecil ini sedang memberontak...sementara je dik..bila dia dh besar kita kena berterus yerang dengan dia..now alhamdulillah..anak akak dah anak dara dan dh faham erti perceraian..semoga kamu tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak... kena kuat demi zarra. But sometime kesedihan tu datang secara tiba-tiba. Terima kasih kak, moga saya terus tabah seperti akk..

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿