EVENT | Nescafe Gold Blend Barista Machine dengan Kerjasama InvolveAsia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Nescafe Gold Barista Machine

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu, nora dan beberapa orang rakan blogger telah menghadiri satu event yang dianjurkan oleh InvolveAsia bersama Nescafe yang bertempat di Lorem Ipsum Art Jam, Bangsar. Event yang bermula jam 6.00pm adalah ingin memperkenalkan sebuah mesin kopi moden dari Nescafe yang digunakan bersama-sama Nescafe Gold Blend.

Wakil dari Nescafe memperkenalkan dan menerangkan tentang Barista Machine yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sepanjang pengenalan produk terbaru dari Nescafe ini, sedikit demo telah ditunjukkan tentang penggunaan Barista Machine Nescafe ini. Sangat teruja dan memukaukan kerana sebagai seorang penggemar kopi, ini sangat membantu untuk nora menikmati kopi ala-ala berada di coffee house dengan 5 pilihan gaya menu kafe dengan hanya satu sentuhan sahaja. Wowwwww ia sangat mudah dan berbaloi sekiranya memiliki mesin barista ini kerana ia digunakan bersama-sama Nescafe Gold Blend.


Selepas sesi pengenalan produk dari wakil Nescafe, InvolveAsia memberikan sedikit penerangan berkenaan platform pemasaran di dalam talian dengan produk dan perkhidmatan kepada pemilik media yang mempunyai pengikut dan trafik. InvolveAsia membantu peruncit dalam talian dengan mewujudkan program affiliate dalam menghasilkan keuntungan mengurus, mempromosi dan mendapatkan jumlah program affiliate dari seluruh Asia Tenggara. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pemilik media digital untuk mendapatkan keuntungan melalui program affiliate dengan beribu-ribu kempen dalam talian. Dapat dilihat, InvolveAsia telah membayar lebih RM3 Juta kepada pemilik laman web pada 2016.


Di sepanjang sesi penerangan tersebut, InvolveAsia telah memberi perkongsian 3 cara untuk mula membuat wang iaitu dengan menyertai, membuat promosi dan mendapat keuntungan/wang.

Dengan menyertai program affiliate InvolveAsia, kita mampu mencari produk-produk yang popular di pasaran dan para peniaga dengan mudah. InvolveAsia juga menerangkan dan mengajar satu persatu cara sekiranya menyertai program affiliate yang diperkenalkan oleh mereka dalam membantu peniaga online dan pemilik laman web. Beberapa produk dan peniaga yang telah menyertai program ini adalah seperti Lazada, Zalora, Mama Wosh, Major Drop dan banyak lagi.


Selain dari InvolveAsia, wakil dari CatchTheBus juga memberi penerangan kepada nora dan rakan blogger berkenaan pelancaran sistem membeli tiket bus secara online. CTB juga memperkenalkan program affiliate kepada kami dan ini membuka peluang kepada kami tentang pembelajaran program affiliate. Bagi nora, dengan adanya event sebegini sedikit sebanyak membantu nora menimba ilmu dan mengetahui tentang beberapa program melalui online. Sebagai pemilik laman web, program affiliate dapat membantu nora menjana pendapatan. Wahhhh seronok bukan walaupun sebelum ini nora juga ada menyertai beberapa program affiliate bersama lazada, zalora dan beberapa lagi merchants yang ada.

Bersama Rakan Blogger yang hadir Sepanjang Event

Nora dah Miliki Barista Machine dari Nescafe, Stay Tune dengan www.ummizarra.com

Untuk maklumat lanjut tentang Nescafe Gold Blend Barista Machine, tunggu update dari nora ye. Nantikan Promosi Barista Machine ini. Stay Tune.

2 comments.. read them below or add one

Ummi Zarra Ummi Zarra 15 September, 2016 15:11
Yupsss best. satu sentuhan je dh boleh buat 5 gaya kopi. http://www.ummizarra.com/2016/09/event-nescafe-gold-blend-barista.html

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿