Filem Volkswagen Kuning, 
Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara
akan berada di pawagam pada 22 September 2016.

   Kisah Seram Volkswagen Kuning yang menghantui pengguna jalan raya di Lebuhraya Karak sejak tahun 1956 seperti tiada kesudahan. Ini kerana, kisah Volkswagen Kuning merupakan sebuah kisah silam yang dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam. Namun, sejauh mana kesahihan cerita ini hanya mereka yang melalui lebuhraya berkenaan sahaja yang mengetahui sekiranya terkena gangguan, rasukan dan kemalangan.



FILEM VOLKSWAGEN KUNING ARAHAN SHADAN HASHIM

   Daripada kisah benar Volkswagen Kuning ini, Pengarah Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta elemen olahan ditambah bagi mencantikan lagi jalan cerita filem ini. Walaupun ianya sebuah cerita seram, namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dalam filem ini. Aspek seram disampaikan melalui elemen suspen yang diwujudkan bagi memberi mood yang lebih menarik peminat untuk merasai seramnya filem ini.

FILEM VOLKSWAGEN KUNING, FILEM KE 115 TERBITAN MIG PICTURES

   Volkswagen Kuning terbitan MIG Pictures merupakan filem ke 115 yang menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28 iaitu Pekin Ibrahim serta pelakon Atikah Suhaime sebagai peneraju utama filem ini sebagai pasangan kekasih yang pertama kalinya digandingkan bersama di layar perak. Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut membintangi filem ini seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda. Turut sama menjayakan filem yang akan ditayangkan pada 22 September 2016 ini adalah pelakon berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hasan dan juga Mak Jah.

TAYANGAN PERDANA FILEM VOLKSWAGEN KUNING


   Pada 20 September 2016 baru-baru ini, nora berkesempatan menghadiri tayangan perdana Filem Volkswagen Kuning terbitan MIG Picture di Cineplex e-Curve, Mutiara Damansara. Turut sama menghadiri majlis ini adalah Mejar (K) David Teo iaitu penerbit bagi filem Volkswagen Kuning bersama-sama pengarah filem ini iaitu Shadan Hashim serta barisan pelakon, rakan-rakan blogger/media dan juga para jemputan.


    Secara jujurnya, nora lihat filem ini menceritakan realiti kehidupan dalam masyarakat kita yang melibatkan gangguan, rasukan, kecurangan, ketamakan harta dan banyak lagi kejadian mistik dan babak yang paling kejam bagi nora adalah apabila Atikah Suhaime dirasuk sehingga membunuh bapanya sendiri. Inilah realiti yang berlaku pada masa kini dalam masyarakat kita kerana dirasuk atau bisikan gangguan telah membawa kejadian pembunuhan.


MISTERI VOLKSWAGEN KUNING KINI TERUNGKAI

   Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang iaitu Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime) yang terkena gangguan Volkswagen Kuning semasa pulang ke kampung Fuad sehingga mereka mengalami kemalangan. Sarah telah dibawa pulang oleh kakanya Raudhah (Aida Othman) dan ada sesuatu yang mengikuti Sarah. Pak Ayob (Azman Hasan) merupakan bapa saudara Fuad telah mula menyiasat punca gangguan yang mengganggu Fuad dan Sarah. Penyiasatan ini membuka kembali sejarah hitam. Kerana kehadiran Sarah di kampung itu telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning dan telah mengikut Sarang pulang ke bandar serta menggunakan badan sarah untuk membalas dendam.

Apakah dendam Volkswagen Kuning sehingga mengikut Sarang pulang? 

dan 

Berjayakah Pak Ayob merungkai misteri Volkswagen Kuning dan  mampukah menghalangnya?



   Bagi nora, jalan ceritanya boleh dikategorikan seram namun tidak sampai mendebar-debarkan sehingga terperanjat (konon, walhal penakut). Watak Pak Ayob menjadikan jalan cerita semakin menarik, kerana selain dari elemen seram terdapat juga babak melucukan apabila ayat “air jampi minum dalam masa 7 hari” meredakan perasaan penonton. Watak yang dilakonkan oleh Azman Hasan telah menghidupkan penceritaan dalam filem ini.

Hakak kena interview chuolsss
TONTON FILEM VOLKSWAGEN KUNING PADA 22 SEPTEMBER 2016

Oleh itu, korang jangan lupa untuk menonton filem seram Volkswagen Kuning mulai 22 September 2016 di seluruh pawagam. Filem ini bukan sekadar filem seram biasa berikutan daripada kisah kecurangan ia membawa kepada sebuah pembunuhan.



Terima kasih BroFramestone kerana berusaha membawa blogger  
untuk menonton filem arahan Shadan Hashim terbitan MIG Pictures
Tahniah Iena Wahab kerana telah memenangi 
Smartphone OPPO F1 daripda contest yang telah dianjurkan.

4 Comments

  1. Perasaan terperanjat, suspen, seram tu yang tak tahan tapi seronok bila menonton... watak Pak Ayob tu mmg paling layan :) :)

    ReplyDelete
  2. Dah tengok tak lah seram sangat ...

    ReplyDelete
  3. confirm x tgok..sebab akak ni penakut

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿