Kebahagiaan Yang Kutahu : Hi-Tea Bersama Datuk Stella Chin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam sayang,



Korang kenal Datuk Stella Chin?
Siapa yang berada dalam bidang keusahawanan pasti mengenalinya. Datuk Stella Chin merupakan seorang usahawan dan tokoh wanita tersohor di Malaysia mahupun di luar negara. Beliau salah seorang sebilangan wanita yang berkerjaya menerima gelaran Datuk di Malaysia kerana kejayaan sebagai usahawan yang telah banyak memberikan sumbangan kepada negara.

Baru-baru ini nora dijemput untuk menghadiri Majlis Hi-Tea bersama Datuk Stealla Chin sempena pelancaran buku "Kebahagiaan Yang Kutahu" di Bangunan Melilea, Bangsar. Majlis yang disertai beberapa orang blogger dan VIP lain dengan bertemakan pink dan putih sangat memikat hati nora. First Impression Nora, mengatakan pasti pengasas StarLadies ini merupakan seorang yang cantik, tegas, dan mempunyai perwatakan seorang yang sangat berkeyakinan. 



Majlis ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan buku baharu hasil dari Datuk Stella Chin. Menurut konsep Datuk Stella, Kebahagiaan yang diertikannya adalah mengupas tentang bagaimana wanita boleh mencapai titik keseimbangan antara kerjaya dan rumah tangga berdasarkan pengalaman suka duka kehidupan Stella sendiri, dari seorang anak perempuan dari keluarga yang mengajarnya untuk berdikari menjadi kerani akaun yang tekun sehingga beliau menjadi pengasas organisasi MELILEA dan StarLadies sekarang. kebahagiaan yang sangat komplete iaitu ketika kejayaan berakhir ia selaras dengan kehidupan berkeluarga. Ini bermaksud, di dalam "Kebahagiaan Yang Kutahu" menerangkan bahawa 

“ Seorang wanita tidak perlu bertanya mana yang lebih penting, keluarga atau pekerjaan, selama memahami posisi dengan jelas. Jika sudah demikian, seorang wanita dapat memainkan peranan dengan hebat di dua tempat
(halaman 23) 



Wanita Harus Baca "Kebahagiaan Yang Kutahu"

Datuk Stella menginginkan setiap wanita yang sudah berkeluarga juga mempunyai kerjaya dan mencari kebahagiaan yang lebih bererti untuk bersama keluarga. Mempunyai keluarga belum tentu menjamin kebahagiaan, dengan itu di dalam "Kebahagiaan Yang Kutahu" terdapat beberapa buah pandangan dan luahan Datuk Stella yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan dan kemanusiaan boleh dijadikan contoh sebagai rujukan kaum wanita dari segi kekeluargaan, perhubungan cinta, pendidikan, kerjaya, perkahwinan sehiggalah membesarkan anak-anak.



Wanita adalah Starladies... Bagai Bintang yang Menyinari...

Seseorang wanita mestilah kelihatan hebat, ikhlas, dan berhati mulia dalam menjalani kehidupan yang indah. Menurut Datuk Stella, dia menginginkan semua wanita adalah Starladies bagaikan bintang yang berseri menyinari kehidupan dengan erti kata membantu orang lain itu bukan mudah, namun ia menyempurnakan kehidupan kita dan memberi kita kebahagiaan yang penuh makna. Seperti yang nora faham, tentang buku "Kebahagiaan Yang Kutahu" ini adalah, kita sebagai seorang wanita perlu mencari kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar iaitu kepuasan bukan sekadar menurut perjalanan kehidupan seharian kita. Membantu orang lain dalam konsep Datuk Stella adalah dari segi memberi sumbangan samada dengan wang ringgit mahupun dari segi tenaga, idea dan masa.


"Kebahagiaan Yang Kutahu" merupakan buku dalam versi bahasa cina, namun setelah melihat buku ini mendapat sambutan, Datuk Stella mengeluarkan pula buku ini dalam versi bahasa melayu, agar wanita melayu juga dapat menginspirasikan kebahagiaan mereka dari konsep peribadi wanita bekerjaya seperti Datuk Stella. Buku ini paling mendapat sambutan di kedai-kedai buku di Indonesia dan kini "Kebahagiaan Yang Kutahu" telah berada di gedung-gedung buku Malaysia dengan harga RM39.90.


Layari Facebook : Melilea Malaysia

4 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 03 October, 2016 00:37
Buku ni mmg semua wanita kena ada...sebabnya dalam ni ada banyak sangat tips dan cara macam mana kita nak jadi seorang wanita yang serba boleh dan yakin diri! Setiap keinginan, kemahuan, inspirasi, transformasi, kejayaan, masa dan segalanya berkait dengan tips kehidupan seorang wanita ada dalam ni..
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman 10 October, 2016 11:02
Ohhh ... Boleh masuk wishlist nie ...
Amanda Suria Amanda Suria 13 October, 2016 22:27
alaaa..kat mana nak cari buku ni eh...
Amanda Suria Amanda Suria 13 October, 2016 22:28
alaaa..kat mana nak cari buku ni eh...

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿