Pameran Sempena Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual & Muzik

Salam kesayangan,


    Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala sedang mengadakan Pameran hasil daripada murid-murid sekolah ini bermula pada 10 Oktober 2016 sehingga 14 Oktober 2016 sempena Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual & Muzik.


   Kerjasama daripada guru-guru dan murid-murid dalam menjayakan pameran hasil seni ini sangat membanggakan kerana hasil seni murid-murid di pamerkan seperti di sebuah galeri. Selain itu juga, sepanjang pameran seni visual ini terdapat juga beberapa program yang di jalankan seperti aktiviti bersama Band (nyanyian) mengikut giliran tahun, juga terdapat Pelukis Art serta terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk hasil kerjaya.



Tentatif Program :

Isnin - set up
Selasa - band, kuiz, raptai penuh nasyid, street art designer
Rabu - band, kuiz, gelang keychain handmade dengan nama
Khamis - kuiz, gelang keychain handmade dengan nama
Jumaat - kuiz



    Pameran ini merupakan kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual & Pendidikan Muzik di bawah naungan Ketua Panitia Puan Ku Hasmizah binti Ku Abdul Hamid (PSV) dan Cik Raja Nadiah binti Raja Zaharuddin Shah (P. Muzik) bersama guru-guru di SK Sungai Penchala.

   




    Selama seminggu ini nora tidak berada di sekolah. Terasa rindu dengan rakan sekerja dan terasa rugi sebab tidak berada di sekolah untuk sama-sama memeriahkan pameran ini.





    Tahniah kepada semua warga SK Sungai Penchala.

1 comment... add one now

Amanda Suria Amanda Suria 13 October, 2016 22:22
teringat masa sekolah dulu ada minggu pameran sains la apa la..meriah sgt...

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿