Kemeriahan Karnival Fiesta Magika di IJM Land, Seremban 2

Monday, November 21, 2016

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Kemeriahan Karnival waktu malam
Hujung minggu yang lalu nora berkesempatan ke Karnival Fiesta Magika anjuran IJM Land di Seremban 2, Negeri Sembilan. Karnival ini merupakan hari keluarga tahunan IJM Land sebagai penghargaan kepada penduduk dan pengunjung IJM Land Berhad. Pada tahun ini, IJM Land Berhad memilih tema menarik dan terpesona iaitu bertemakan "Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales dan Trails Happy".

Pengunjung yang menggayakan costum watak kegemaran mereka
Walaupun dalam keadaan cuaca hujan disepanjang karnival ini berlangsung, kemeriahan tetap dirasai dengan kehadiran orang ramai yang turut sama memberi sokongan terhadapan karnival ini. Pelawat yang datang ke karnival ini dapat merasai pelbagai jenis aktiviti yang dianjurkan oleh IJM Land terutama bagi peminat-peminat watak animasi yang teruja dengan "Perhimpunan cosplayers Pertandingan Kostum Cosplay" di Seremban 2. Mereka juga berpeluang memperlihatkan hasil pakaian beragam dengam kreativiti mereka sendiri.






Sepanjang karnival ini, nora teruja melihat kereta labu milik Cinederella yang berada di hadapan pejabat jualan IJM Land Berhad. Selain daripada kereta labu terdapat banyak props yang berada di sekitar kawasan fairy land seperti ‘Tunnel of LOVE’ made of thousands of LEDsCinderella Pumpkin Carriage, Giant Mushrooms dan banyak lagi. Props dan hiasan tersebut akan di pamerkan sehingga Krismas nanti dan juga IJM Land menganjurkan pertandingan "Magical Moments Photo" mulai 13 November hingga 18 Disember 2016. Pemenang akan memenangi wang tunai berjumlah RM3000 dan dengan hadiah yang ditawarkan ini dapat menarik lebih ramai pelawat dan penduduk untuk menyertai pertandingan gambar yang cantik dan kreatif di Fairy Land.


Kereta Labu Cinderella
Karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Silap Mata terkemuka Malaysia iaitu Mahdi Moudini yang mempunyai skill silap mata sehingga mendapat perhatian warga Kuala Lumpur. Hadiah sebanyak RM20000 disediakan oleh pihak IJM Land Berhad untuk pengunjung yang hadir dalam acara cabutan bertuah dan hadiah utama iPhone 7 untuk pembeli di Seremban 2 Height.


Sedia maklum, IJM Land Berhad sememangnya menghargai pengunjung dan penduduk di Seremban 2 dengan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti. Dengan ini secara tidak langsung telah menyatukan penduduk setempat dan orang ramai yang hadir ke karnival ini. 


Kemeriahan Pengunjung Menyertai Pelbagai Aktiviti
Harapnya tahun depan nora boleh hadir ke program anjuran IJM Land bersama zarra. Mesti dia suka dan seronok. Terima kasih IJM Land dan juga Broframestone kerana menjemput nora untuk memeriahkan karnival ini.

Antara Blogger yang hadir
Gambar : Afzal

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿