MAHA 2016 MENCAPAI SASARAN SEHINGGA MENCECAH 3.7 JUTA PENGUNJUNG

Sunday, December 11, 2016

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

MAHA 2016 MENCAPAI SASARAN SEHINGGA MENCECAH 3.7 JUTA PENGUNJUNG | Baru-baru ini nora ada terbaca surat khabar Beria Harian mengatakan MAHA 2016 catat rekod 3.7 juta pengunjung. Wahhhh satu jumlah yang ramai dan mendapat sambutan yang menggalkkan daripada rakyat Malasyia termasuklah nora yang turut sama-sama datang ke MAHA 2016 sebagai pengunjung. Siapa yang pergi MAHA 2016 hari tu pasti tahu keadaan di sana. Siapa yang tidak berkesempatan pergi boleh baca perkongsian nora dan zarra ke MAHA 2016 di sini. <---

Kemeriahan MAHA 2016 dengan kehadiran pengunjung

Pagi-pagi kami dah berada di tapak ekspo MAHA 2016
Berikut adalah video yang membuktikan MAHA 2016 berjaya mencapai sasarannya iaitu melebih 0.7 juta pengunjung daripada sasaran awal iaitu 3 juta pengunjung sahaja. Ini secara tidak langsung pihak penganjur berjaya dalam menganjurkan ekspo Malaysia terbesar abad ini. Diharapkan pada masa akan datang pihak penganjur dapat mengekalkan pretasi yang sedia ada serta melakukan pertambahan kepelbagaian variasi pada masa akan datang.

Video di bawah ini pula merupakan suasana pengunjung yang hadir di Food Empire iaitu tempat pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis menu yang terdapat di sini. Kalau dalam masa sehari nak cuba semuanya memang tak termampu. Jadi boleh skip menu yang tak pernah dinikmati. Haaaaa tengok tu banyak sangat makanan kan.. Nora paling suka Udang Sanggul dari Perlis. Fiuhhh memamg sedap berbaloi-baloi.


Video last kat bawah ni di ambil dari udara dengan menggunakan drone. Puas hati tengok video ni sebab nampak secara keseluruhan dan jelas kelihatan jutaan pengunjung yang datang ke MAHA 2016. Dasyat tak dasyat korang boleh tengok pada parking kereta sampai laluan luar tu.. Crowded betul. Mujur nora sampai awal pagi. Parking pun senang.


Pengalaman nora yang pertama kali ke MAHA memang puas hati dari pagi sampai ke malam baru nora keluar dari tapak MAHA ni. Haaaaa giler tak penat korang ingat... Walaupun penat tapi berbaloi dan memberi keseronokan pada zarra.

You Might Also Like

1 ♥sweetcream♥

  1. Lajunyer tengok org tuh berjalan..depan , belakang, kiri and kanan. hahah! Nany kan pegi hari last jadi ya ampunn...orang parking keta smpi ke atas highway! haha! ke memang dari 1st day macam tuh?

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿