Resepi Kurma Ayam Kegemaran Zarra

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


My daughter Nur Izarra Qistina
Semenjak bermulanya cuti sekolah, nora dah ambil zarra untuk duduk bersama nora sepanjang cuti akhir tahun ini. Maklumlah dah 2 tahun kami berjauhan sebab zarra duduk dengan nenek. Tahun 2017 masuk tahun ke 3 kami akan berjauhan. Dan harap korang diluar sana jangan ditanya kenapa zarra tak duduk sekali dengan nora.

Ok selama seminggu zarra demam tak bersuara tak bermaya dan sangat pendiam. Dan saat itu sebagai ibu nora sangat terkesan, rindu dan susah hati. Namun syukur alhamdulillah nora tetap cuba yag terbaik untuk zarra.

Sejak zarra dah kembali sihat bukan main mulut dia berceloteh. SO ni nora nak share pasal makanan kegemaran zarra. Sejak dah boleh makan dia sendiri request suruh masak kurma. Katanya zarra selalu makan nenek beli.

Sebenarnya, nora bukanlah penggemar lauk kurma ni tapi sesekali makan sedap juga.

Dalam keadaan air paip tak ada ni, gigih nora berkungfu pagi-pagi siapkan makanan untuk zarra.

Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahan

Ayam
Rempah Kurma (adabi)
Bawang (merah, putih) - Kisar atau cincang
Halia
Kentang
Lobak
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Asam Jawa
Santan @ fresh milk
Perasa


Rempah Kurma Adabi

Cara-cara

Tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai wangi. Kemudian masukkan rempah kurma adabi dan kacau sehingga naik bau dan berminyak. Masukkan ayam dan sedikit air kacau sebati kemudian masukkan kentang dan lobak. Tutup dan biarkan sehingga kentang empuk.


Susu Segar Farm Fresh

Masukkan santan @ fresh milk (nora guna fresh milk), masukkan air asam jawa dan perasa.

Kacau sebati dan bila kentang sudah empuk boleh lah dihidangkan.

***
Hidangan siap untuk bawa ke sekolah

Alhamdulillah zarra berselera makan. Rasa gembira bila lihat anak suka makan. Biarlah badan dia masih tak naik asalkan bila dah nampak dia mula nak makan, hati ibu mana yang tak gembira kan??

Syukur alhamdulillah.




0 comment... add one now

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿