بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Siapa sini penggemar makanan Jepun terutama sushi?
Pasti ramai yang meminati sushi termasuk nora dan di Malaysia terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan dari negara Jepun.


Baru-baru ini, nora dan beberapa rakan blogger yang lain telah dijemput oleh Sushi King Malaysia untuk menikmati aneka sushi yang disajikan khusus sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.



Terima kasih Cikgu Nadia sebab sudi teman
Sushi berasal dari negara Jepun dan di bawa ke Malaysia dengan rangkaian restoran terkenal iaitu Sushi King dengan menyajikan sushi berkualiti dan masakan Jepun yang lain pada harga yang berpatutan dengan persekitaran yang sangat selesa. Sushi King menghidangkan makanan kepada pelanggan dengan sentuhan peribadi untuk pelanggan mengambil dan menikmati sushi yang lalu dihadapan mereka. Sushi King memastikan tahap kebersihan dan jaminan kesegaran makanan melalui persijilan Halal.

Set Bento & Sushi
Oleh itu, sempena sambutan Tahun Baru Cina, Sushi King mengadakan promosi bagi menikmati keenakan sushi dan makanan Jepun yang lain bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Sushi King menyediakan makanan lazat sepanjang musim perayaan ini dengan hidangan menu baru.

Yee Sang "Doubly Fresh, Doubly Joyous"
Nikmati hidangan "Doubly Fresh, Doubly Joyous" mulai sekarang sehingga 28 Februari 2017 nanti. Ini merupakan hidangan yang dibuat khusus sepanjang musim perayaan bagi meraikan orang ramai untuk merasai kelazatan Yee Sang dengan bahan-bahan berkualiti segar, dan Salmon Premium dari Norway. 

Yee Sang dengan Sos Plum & Sos Wasabi
Apa yang menariknya, Yee Sang yang disajikan oleh Sushi King adalah berbeza dari Yee Sang yang biasa kita lihat. Sushi King memperkenalkan Yee Sang yang mempunyai Salmon, Octopus, Tempura, Carrot dan pelbagai lagi jenis sayuran. Ia bersesuaian dengan tema hidangan kali ini yang bertemakan "Doubly Fresh, Doubly Joyous" kerana Yee Sang di Sushi King dihidangkan bersama sos plum dan sos wasabi. 

Ngam ngam hoi Yee Sang
Fried Salmon Sushi
Selain itu, sushi king juga menyediakan hidangan eksklusif lain sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina iaitu Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi dan Fried Salmon Sushi serta pelbagai aneka sushi khusus untuk pengunjung Sushi King.

Ontama Salmon Don
Terdapat juga hidangan yang baru berasaskan nasi dicipta dalam bentuk versi Sushi King sendiri iaitu Salmon Don, Ontama Salmon Don dan Seafood Bento.
Seafood Bento

Dessert Cheese Cake
Sushi King juga mengadakan tawaran kepada pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan restoran Sushi King sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina di mana pelanggan yang membelanjakan RM68 dan ke atas dalam satu resit boleh menerima set eksklusif Sushi King Daruma Ang Pow dan juga berpeluang memenangi tajaan perbelanjaan ke Tokyo. Wowwwww ini sangat menarik boleh melancong ke Tokyo tuuuuuu...

Aburi Sushi
Haaaa kepada mereka yang menggemari makan sushi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan Yee Sang dan aneka sushi di mana-mana outlet Sushi King di Malaysia.


























Korang boleh layari facebook Suhi King Malaysia untuk info lebih lanjut.



Terima kasih kepada Bro Framestone kerana menjemput kami rakan blogger untuk sama-sama menikmati superb sushi yang lazat dari Sushi King.

Omnomnom...





1 Comments

  1. sedapnyaaaaa lama tak mkn sushi huhuuu terliur kita...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿