بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




Majlis perkahwinan yang sempurna merupakan impian setiap pasangan. Namun, untuk menguruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah satu kerja yang mudah dan singkat. Banyak masa yang perlu dihabiskan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan dan banyak perkara perlu diambil kira oleh pasangan pengantin mahupun kedua-dua belah keluarga agar majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan menyimpan 1001 kenangan yang manis yang boleh diabadikan sehingga hari tua.


Dalam merialisasikan impian majlis perkahwinan yang sempurna, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan sendiri oleh pasangan tanpa kerjasama daripada keluarga, sanak saudara dan juga rakan-rakan. Selain daripada bantuan atau khidmat keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan, pasangan pengantin juga boleh mengupah pihak ketiga untuk menguruskan keseluruhan majlis perkahwinan kita.

projekkahwin.com

Banyak cara dan inisiatif yang boleh diambil oleh bakal pengantin untuk mencari pakej yang sesuai diantaranya adalah seperti bertanya kepada rakan yang sudah pun melangsungkan majlis perkahwinan, melalui majalah ataupun risalah dan korang boleh pergi ke pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang sesuai.

projekkahwin.com

Menyedari untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna memerlukan perancangan dan masa yang banyak dan ini pastinya pasangan pengantin menghadapi masalah untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan dari segi kekangan masa dengan kesibukan kerja.

Oleh yang demikian, satu laman portal Projek Kahwin menyediakan perkhidmatan berkaitan majlis perkahiwnan yang berfungsi sebagai  medium membantu untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.


Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Portal Projek Kahwin dibina bagi memudahkan bakal pengantin untuk mencari dan memilih pengusaha perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut kawasan yang berhampiaran dengan korang.

projekkahwin.com

Dengan adanya portal ini, ia akan memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis, diantaranya adalah seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.

Ini memudahkan serta menjimatkan masa bakal pengantin dan ini juga merupakan matlamat  portal Projek Kahwin dihasilkan adalah untuk membantu bakal pengantin mencari pakej perkahwinan yang diidamkan dan sesuai dengan majlis korang.


Projek Kahwin Membantu Pengusaha Bumiputra

Untuk makluman korang, idea Portal Projek Kahwin ini timbul setelah pengasas Projek Kahwin menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpul pengusaha-pengusaha perkhidmatan perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan bumiputera.

projekkahwin.com

Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha bumiputera meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan luar negara.


Sedia maklum, ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya menghadapi kekangan masa untuk menguruskan majlis perkahwinan dan pastinya kurang pendedahan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengusaha perkhidmatan dan produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha perkhidmatan dan produk perkahwinan mengikut kehendak dan citarasa mereka.

Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna


Demi memastikan portal Projek Kahwin ini mudah diakses oleh orang ramai, semestinya pengusaha portal ini telah membuat kajian agar ia dibina mempunyai fungsi-fungsi yang mesra pengguna diantaranya adalah mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai jenis telefon pintar yang ada seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang disediakan di dalam portal ini juga memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai di mana, melalui portal ini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.



Sekiranya bakal pengantin ingin tahu lebih dekat mengenai vendor yang terdapat di dalam portal ini, mereka boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor tersebut dan bakal pengantin juga boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas berkaitan perkhidmatan dan produk perkahwinan yang ditawarkan.

Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin megakses dan melayari portal projek Kahwin dengan lebih lancar.

projekkahwin.com

Secara kesimpulannya, portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai mengikut citarasa dan bajet yang sesuai dalam memastikan impian majlis perkahwinan yang sempurna tercapai.

Haaaaa, menarik bukan dengan adanya portal Projek Kahwin ini, secara tidak langsung dengan adanya portal sebegini, bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan boleh mencari pakej dan perkhidmatan yang diingini serta dapat membuat perancangan yang terbaik megikut bajet. Ini dapat menjimatkan masa bakal pengantin.

projekkahwin.com

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web seperti berikut :

Website:

Facebook :

Instagram :


7 Comments

  1. Mmg bagus la Portal Kahwin niey. Hanya perlu refer website tu utk tgk pakej yg bersesuaian dengan apa kita inginkan. Idea yg sangat bagus. Terbaik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... mengikut bajet dan kesesuaian pasangan pengantin...

      Delete
  2. Saya dah buat book mark entry ini.
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Adam. Semoga info yang dikongsikan ini dapat membantu bakal pengantin di luar sana. Termasuk awak..

      Tq sudi baca dan singgah..

      Delete
    2. Terima kasih ummi.
      Saya hanya baca blog yg ada moral seperti blog ummi. Thanks a lot for the info.

      Delete
    3. Terima kasih ummi.
      Saya hanya baca blog yg ada moral seperti blog ummi. Thanks a lot for the info.

      Delete
  3. Saya dah buat book mark entry ini.
    Thanks.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿