RESEPI RENDANG AYAM REMPAH MAK SITI

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Selamat berhujung minggu korang...

Rendang Ayam Rempah Mak Siti

Kali ni nora nak kongsikan pada korang resepi rendang ayam mudah dan cepat. Ini terutamanya bagi korang yang bujang, sibuk bekerja dan yang penting rendang ayam sedap di makan dan tak perlu tunggu hari raya.

Sebenarnya, minggu ni nora sangat sibuk dengan urusan kerja. 1 hari sahaja nora berada di sekolah dan selebihnya nora ada urusan kerja di luar. Untuk 3 hari bekerja hari tu nora tumpang di rumah along dekat Cheras. So hujung minggu nora pastinya berada di sini bersama family along.

Untuk nak di jadikan cerita, nora dengan akak ipar buntu nak masak apa sebabnya mood kemalasan melanda. Tekak nak makan macam-macam tapi itulah malas nak masak renyah-renyah. Haaaa tu yang sampai decide masak rendang ayam yang mudah cepat dan sedap.

Sebab apa nora kata mudah dan cepat?

Antara Rempah Ratus Mak Siti
Sebab nora gunakan Rempah Mak SitiKalau korang nak tahu, Mak Siti adalah jenama serbuk rempah ratus yang terdiri daripada Rempah Kari Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, Rempah Rendang, Rempah Daging Masak Kicap, Rempah Ikan Masak Kicap, Rempah Makanan Laut dan Rempah Sup Kepala Ikan. Mak Siti adalah Jenama Islam yang diusahakan diusahakan oleh syarikat melayu yang berpangkalan di Muar, Johor

Ok jom tengok nora masak rendang ayam semudah A B C dengan Rempah Rendang Mak Siti.

RESEPI RENDANG AYAM REMPAH MAK SITI

Bahan Untuk Masak Rendang Ayam

Bahan-Bahan :
  1. Ayam 500gm
  2. Rempah Rendang Mak Siti (bancuh dengan air)
  3. Bawang Merah
  4. Lengkuas
  5. Halia
  6. Cili Padi
  7. Serai
  8. Santan
  9. Daun Limau Purut
  10. Garam
  • Blender bahan nombor 2 sehingga nombor 6
Cara-Cara :

Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah di blender sehingga naik bau dan masukkan serai. Kacau sebati kemudian masukkan Rempah Rendang Mak Siti dan kacau sebati sampai pecah minyak.

Masa ni bau je dah menusuk hidung sampai anak buah kata sedapnya bau. Heheheheh..

Ok, sekarang masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan ayam dan tunggu sehingga mendidih dan masak sehingga pecah minyak

Bila santan dan ayam dah sebati, dah sedikit kering sampai pecah minyak, boleh masukkan daun limau purut kacau kemudian masukkan garam secukup rasa. Kacau sebati dan...

Taraaaaaaa dan siap.

Kalau nak tengok video semudah A B C nora masak rendang ayam guna Rempah Mak Siti, korang boleh tengok video dekat bawah ni.


Haaaaa mudah kan? Tak perlu susah-susah banyak bahan macam selalu kita nak masak rendang. Kalau korang nak tahu, guna Rempah Mak Siti memudahkan korang masak untuk dimakan seisi keluarga. Cukup sempurna rasa rendang ayam dengan menggunakan Rempah Ratus Mak SIti.

Mana nak dapatkan Rempah Ratus Mak Siti???

Korang boleh beli online.

FB : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti


Website : http://www.maksiti.com


Whatsapp : 017-330 9330


Selain itu, korang boleh beli di pasar raya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran kawasan anda.


 Untuk resepi yang lain menggunakan Rempah Ratus Mak Siti korang boleh
tengok link di sini :




1 comment... add one now

Sue Izza Sue Izza 07 March, 2017 03:54
sedapnyaaaaa tgk gambar pun dah terliur huhuuu

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿