Salam korang....

Dah lama mood memasak spaghetti ni tak datang. Tapi sebabkan rindu pada anak, tekak ni terasa nak makan spaghetti cuma bezanya nora tidak masak spaghetti cabonara tetapi tukar selera masak spaghetti aglio olio.

Memandangkan bahan ada sedikit di dalam peti, nora gunakan apa sahaja yang ada. Ok jom tengok bahan-bahan yang nora gunakan untuk masak Spaghetti Aglio Olio.




RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

Bahan-Bahan

Spaghetti
Udang
Sotong
Mushroom
Brokoli (option nak ubuh boleh tak nak pun boleh)
Bawang Putih
Black Pepper Perasa
Black Pepper (kasar)
Cili Padi 3 biji
Cili Kering 2 Tangkai (Potong Pendek)
Mix Herbs
Butter
Garam
Parmesan Cheese

Cara-Cara

Panaskan air bersama setitis minyak dan sedikit garam. Rebus spaghetti sampai lembut. Gaulkan udang dan sotong bersama sedikit garam dan black pepper(kasar) dan ketepikan. Kemudian bawang putih dan cili padi di cincang halus. Cili kering dipotong pendek dan sayur opetion nak potong besar atau kecil.

Bila semua bahan telah disediakan, masukkan olive oil ke dalam kuali panas dan tumis bahan yang dicincang halus tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering sampai garing (bukan hangit) dan masukkan bahan basah tadi iaitu sotong dan udang. Dah sebati semua bahan, masukkan sedikit butter kemudian kacau. Bila sotong dan udang hampir masak bolehlah masukkan sayuran tadi. Kacau dan masukkan spaghetti yang telah direbus tadi gaul sebati dan masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa. Nora guna stock Cukup Rasa dari Maggi. Akhir sekali masukkan mix herbs dan kacau sebati kemudian boleh dihidangkan.

Maaflah sebab nora tak letak berapa kuantiti sebabnya nora masak ikut suka berapa banyak asalkan cukup rasa. Hehehehe.


Spaghetti Aglio Olio ni nak sedap dihidangkan dengan taburan parmesan cheese dan di minum bersama Teh 'O hahahahha..

Korang cubalah resepi simple ni. Boleh untuk menu diet jugak ni tauuu...

kalau korang nak resepi Spaghetti Cabonara semudah ABC boleh rujuk di sini.





3 Comments

  1. Alaa...sedap sangat nampak. Kita ni org melayu kalau tak pedas tak sah kan? habis semua resepi derhaka letak cili padi. HAHAH! Nany pun suka sangat olio oglio ni. Sebab senang kan nak masak die? cuma kena ada hidupan laut..baru best! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sbb xde cili flakes tu yg guna cili padi. Heheheh dh nama pun tekak melayu kan. Heheheh simple menu ni tu yg suka.

      Tq komen di sini..

      Delete
  2. mabelos .. simple bit lovely

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿