"Selera Desa Kembara Iftar" di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

"Selera Desa Kembara Iftar" di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur | Salam kesayangan buat korang. Sekejap je masa berlalu dah nak masuk bulan Ramadhan. Korang yang perempuan dah habis ganti puasa ke belum?

Kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Bila nak puasa, yang perempuan mula ligat mencari menu dan tempat untuk berbuka puasa. Haaa sekarang hotel-hotel mahupun retoran-restoran dah mula untuk promo buffet Ramadhan masing-masing. Tidak terlepas peluang juga  AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut mempromosikan buffer ramadhan yang berkonsepkan "Selera Desa Kembara Iftar".

NAsi Tumpang Jaya Timur
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh pelusuk bandar Kuala Lumpur. Seperti semua orang tahu, masakan melayu memang tidak dapat dipisahkan dengan bulan Ramadhan. Orang ramai tetap mencari masakan kampung yang mana merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati.


Roti Canai Pandan
Juadah yang disajikan di bawah satu bumbung berkonsepkan "Selera Desa Kembara Iftar" adalah bagi menyingkap semula kenangan lama. Juadah yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular sehingga kini. Antara tempat menggamit kenangan adalah Jalan Medan Pasar lama, Batu Road, Kampung Attap, Warung Doraisamy, Jalan Gurney, Jalan Bellamy, Dato Keramat serta banyak lagi yang menarik dan tertarik.

Ikan Bakar Jalan Peel
Kambing Golek
Antara sajian Kembara Iftar yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Kambing Golek, Sup Rusa, Ayam Golek, Rojak Mamak, Roti Canai Pandan, Asam Laksa, Ketupat, Lemang, Serawa Durian, Wajik Durian, Puding dan pelbagai variasi makanan yang ada.

Satay


Steambot
Sudah pasti sajian dan juadah menarik diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.


Tempayaki
Pemanis Mulut
Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Bagi mereka penggemar durian, "Selera Desa Kembara Iftar" di Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur ada menyajikan pemanis mulut yang berasaskan durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Dodol, Kek Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.


Menikmati manisan sebagai pencuci mulut
Pemanis Mulut
Korang boleh listkan Buffet Ramadhan di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur sebagai pilihan tempat korang berbuka puasa bersama family nanti.

Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur mengadakan tawaran harga yang diberikan kepada mereka yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas dari tarikh tersebut, baucar akan dijual dengan harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Saffron Brasserie di talian :

03-2026 6060 samb. 7703


AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada rangkaian Hotel AnCasa & Resort yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad.. www.ancasahotels.com

2 comments.. read them below or add one

Ana Suhana Ana Suhana 17 May, 2017 07:49
Wah ni kalau bawa mak ana mesti dia suka sebab ada menu2 yg menggamit zaman muda2 dia dulu. Semua pun nampak sedap.
aRzMoHa aRzMoHa 17 May, 2017 23:43
yummy...memang menarik semua menu di buffet ramadhan

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿