Salam ramadhan,


Masa berlalu begitu pantas. Kita sekarang dah pun berpuasa 16 Ramadhan. Tinggal beberapa hari untuk kita menyambut Syawal.


Happy Zarra Dapat ikut Ummi
Baru-baru ini, nora berkesempatan berbuka puasa di De Palma Hotel, Shah Alam bersama zarra dan rakan-rakan yang lain.

Antara Desert di De Palma Hotel Shah Alam

Ini pertama kali nora berbuka puasa di sini dan bersyukur puasa kali ini nora dapat berbuka puasa dengan zarra.


KEUNIKAN BERBUKA PUASA di DE PALMA HOTEL, SHAH ALAM


Antara Desert di De Palma Hotel Shah Alam
Ramadhan yang sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang kadangkala hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa.




Berbuka puasa di De Palma Hotel merupakan pilhan terbaik untuk korang bawa seisi keluarga sebabnya bufet Ramadhan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis hidangan dan pilihan menu yang jarang didapati dan ianya merupakan air tangan oleh barisan chef terkemuka yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari. Selain daripada merasai pelbagai jenis makanan yang semestinya cukup rasa dan enak, ianya juga merupakan masa terbaik untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara selain berjumpa kembali dengan sahabat handai dan rakan taulan yang terpisah lama.



Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam mula beroperasi dari hari pertama hingga hari ke-29 ramadhan. Rasa Muhibah diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi sebab pemilihan tema menu tahun ini. Siapa pernah pergi berbuka puasa di De Palma Hotel? Pasti korang akan datang kembali untuk berbuka puasa di sini.


Antara Desert di De Palma Hotel Shah Alam

BUFFET RAMADHAN CAMPURAN TIGA KAUM UTAMA DI MALAYSIA

Menu Sajian di De Palma Hotel Shah Alam
De Palma Hotel Shah Alam yang cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi menyajikan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.


Ulam-ulaman


Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, Egg Foo Yong, Lemon Chicken dan pelbagai lagi. 


Rojak Buah


Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya.




Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.

BUFFET RAMADHAN DI DE PALMA HOTEL SHAH ALAM SEPERTI BERADA DI BAZAR RAMADHAN

Banyak sangat menu, sampaikan korang boleh menikmati setiap satu. Konsep yang diketengahkan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang berbuka puasa di sini. Pihak hotel De Palma Shah Alam berlapang dada memberi para pengunjung pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau pasar malam tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.


Kambing Golek

Jadi, untuk buffet ramadhan kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi. Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur


Hidangan Sampingan


Cucur

Kepelbagaian hidangan yang disediakan, De Palma Hotel Shah Alam menambahkan lagi seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.


Menu Sajian di De Palma Hotel Shah Alam


MENU UNTUK KANAK-KANAK


Pihak De Palma Hotel Shah Alam turut menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.

Jejari Ikan

Untuk sudut minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini kami turut menampilkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri dan anda pasti akan mengulangi untuk kesekian kalinya.

PENGISIAN ROHANI DENGAN ALUNAN QASIDAH

Kumpulan Qasidah

Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa. Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One


Persembahan Kumpulan Saff-One

Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada kali ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.

SOLAT TERAWIKH BERJEMAAH OLEH IMAM RESIDEN DE PALMA HOTEL SHAH ALAM


Tambah istimewa, De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.


Me and Zarra


HARGA BUFFET RAMADHAN DE PALMA HOTEL 2017

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Dewasa RM69
Kanak-Kanak (6-12 tahun) RM34

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Ampang
Dewasa RM80
Kanak-Kanak (6-12 tahun) RM40

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Kuala Selangor
Dewasa RM49.90
Kanak-Kanak (6-12 tahun) RM25

Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah PERCUMA.

Tempahan juga boleh melalui online di http://www.depalmahotelonline.com/

10% DISKAUN BERBUKA PUASA DI DE PALMA HOTE SHAH ALAM DENGAN CODE : BLOG WWW.UMMIZARRA.COM

Buat kawan-kawan yang berada di luar sana kalau nak berbuka di sini, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan code Blog www.ummizarra.com semasa membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)

TEMPAHAN BUKA PUASA DI DE PALMA HOTEL

De Palma Hotel Shah Alam

19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor

De Palma Hotel Ampang

Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

De Palma Hotel Kuala Selangor

Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

0 Comments