Koleksi Baju Raya Dari CahayaTaj Butik Kelihatan Anggun Dan Bergaya

Friday, June 09, 2017

Salam Ramadhan,

Dalam tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu hari ini dah 13 Ramadhan.

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut Syawal. Pasti minggu-minggu akhir Ramadhan ramai yang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya.

Bagaimana dengan persiapan pakaian raya korang? Dah pilih tema baju raya dan korang dah shopping ke belum?

CahayaTaj Butik di Bazar Paknil
Persiapan raya nora ala kadar tapi tetap shopping baju raya yang sesuai untuk nora. Sempena sambutan Raya 2017, nora berkesempatan ke CahayaTaj Butik yang mengeluarkan koleksi pakaian muslimah dengan design-design yang boleh meperlihatkan kejelitaan wanita-wanita di luar sana.

Material yang berkualiti
Pertama kali masuk ke CahayaTaj Butik, nora jadi tak keruan, maklumlah ada design baju yang nora berkenan. Memang teringin sangat nora nak pakai baju kebaya untuk raya tahun ni. Untuk pengetahuan korang, CahayaTaj Butik sentiasa menampilkan rekaan terbaru pada setiap 3 bulan. Jadi para pengikut setia butik ini tidak menunggu lama untuk memiliki koleksi rekaan terbaru. Haaaaa sure ramai yang suka dengan koleksi-koleksi dari CahayaTaj Butik kan.

Ruangan CahayaTaj Butik di Bazar Paknil
Kalau korang ke CahayaTaj Butik, pasti korang tidak balik dengan tangan kosong. Sebabnya, CahayaTaj Butik sangat menitikberatkan soal kualiti, rekaan & jahitan. Oleh itu butik ini hanya mengambil hasil rekaan terbaik dan menjual dengan harga yang mampu milik yang mana CahayaTaj Butik berkolaborasi bersama designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain.



KOLEKSI-KOLEKSI BAJU DI CAHAYATAJ, BUTIK


Antara koleksi-koleksi dari CahayaTaj Butik terdiri daripada pakaian muslimah. Sempena Raya 2017, CahayaTaj mengetengahkan koleksi pakaian klasik antaranya :

Koleksi Baju Kurung HAWA


Hawa Kurung Riau direka khas bagi peminat yang menyukai baju kurung Pahang. Ia sesuai dipakai untuk semua golongan umur. Rekaannya yang ringkas dan elegant.

Koleksi Kebaya Labuh SERRA


Serra Kebaya Labuh direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya panjang. Didatang khas dengan kerongsang tradisional. Rekaannya yang ringkas, elegant dan classic.

Koleksi Kebaya Peplum IRIS


Iris Kebaya Peplum direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya dan baju peplum. Ia terhasil daripada gabungan dua jenis baju yang berbeza menjadi satu design yang baharu. Rekaannya exclusive dan elegant.

Koleksi Peplum ORKED


Orked Peplum direka khas bagi peminat peplum dengan rekaan lebih menarik dan nampak casual. Tidak terlalu ketat dan sangat sesuai di pakai untuk semua size bentuk badan. 

Selain dari jualan online, koleksi Cahaya Taj juga boleh didapati di Butik lain hasil kerjasama bersama Vendville Johor Bahru yang berada di Nong Chik, Johor Bahru. Sebagai butik muslimah, CahayaTaj juga tidak ketinggalan mengikuti jelajah keseluruh Malaysia bersama Mood Republik, Eh Eh Bazaar serta organisasi fashion yang lain.

Koleksi Lama, Clearance Stock
Yeayyy nora pilih dah baju kebaya serra untuk raya tahun ni

CAHAYATAJ BUTIK

CahayaTaj Butik mula beroperasi pada 05 Mei 2015 di No. Jalan BBP 1, Taman Bukit Beruang Permai, 75450 Bukit Beruang, Melaka. Menawarkan koleksi-koleksi pakaian muslimah sesuai di pakai bukan sahaja musim perayaan tetapi boleh dipakai waktu bekerja. Menggunakan fabrik yang berkualiti diimport dari Korea, china dan Indonesia jadi semestinya koleksi di butik ini gabungan diantara kain import bersama pereka yang terbaik menjadi satu kabolarisasi sempurna dalam penjenamaan Pakaian Muslimah CahayaTaj Butik.

Mengapa di Melaka? antara faktornya ialah :

1) Melaka merupakan tempat tumpuan para pelancong

2) Terdapat institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat disini. Jadi tidak hairanlah terlalu ramai golongan wanita yang berada di Melaka.

MOOD RAYA ON !!!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi-koleksi terbaru CahayaTaj Butik dengan walk-in di Bazaar Paknil KipMall Bangi Sentral, Mood Republik Raya, Vendville Johor Bahru, Bazaar Jalan Hang Tuah Melaka & Bazaar Klebang Melaka.

Boleh juga online dan follow seperti berikut :

website : www.cahayataj.my 

instagram & facebook : cahayataj.my 






You Might Also Like

6 ♥sweetcream♥

  1. Replies
    1. Betul yunk.. mmg cantik design dia..

      Delete
  2. Cantik-cantiknyaaaaa.. geram pula ena tengok.. rasa nak rembat satu dua pasang kat sini.. huaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rembat yunk jangan tak rembat... Berbaloi beli...

      Delete
  3. simple x perit mata penuh crowded bunga bagai atau corak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nowa. simple and nice kan..

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿