Salam uols...

Hari ni nora nak kongsikan produk kecantikan baru untuk wajah. Perempuan memang tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. So, korang mesti baca kalau nak dapatkan kesegaran pada wajah korang.


Korang percaya tak, ada produk kecantikan berasaskan daripada ekstrak buah tin atau lebih dikenali sebagai buah syurga? Mesti korang susah nak percayakan. Haaaaaa Herlysa merupakan jenama pertama di Malaysia yang menghasilkan produk kecantikan berasaskan buah tin iaitu salah satu produknya adalah Face Mist De'Figues Herlysa Cooling Hydrating Mist.


Packaging De'Figues Face Mist Helysa
Meh nak story sikit berkenaan syarikat produk kecantikan yang menggunakan buah tin. VNI Scientific Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Herlysa Enterprise sebelum ini merupakan sebuah syarikat usahawan Mara Negeri Sembilan yang bertapak di Senawang. Syarikat ini bermula dari awal tahun 2014 sebagai sebuah Syarikat Enterprise dan kemudian dinaik taraf sebagai sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) pada 07 Januari 2017.

Baru-baru ini Herlysa Vegan telah melancarkan produk terbaru iaitu pada 3 Julai 2017 yang diberi nama De’Figues iaitu merupakan satu-satunya produk “Face Mist” yang mengandungi ekstrak buah tin atau lebih dikenali sebagai buah syurga juga nama saintifiknya adalah “Ficus Carica”. Dengan semburan daripada De’Figues Face Mist ini mampu membantu mempercepatkan proses pencerahan tona kulit dengan selamat serta menjadi anto radikal bebas bagi melambat proses penuaan.

Packaging mudah di bawa kemana sahaja.

Haaaaa bestkan face mist dari Herlysa Vegan ni. Kalau korang nak tahu, produk ini mempunyai banyak kebaikan selain daripada kualiti semburan yang lebih efektif. Produk ini sangat sinonim dengan istilah ”Vegan” yang mana semua produk Herlysa Vegan ini dihasilkan dari bahan-bahan organic seperti “Vitamin E, Aloe Vera, Witch Hazel, dan Ficus Carica” dan bebas daripada bahan kimia terlarang seperti “sulfates, paraben dan proplene glycol” yang boleh merosakkan kulit.

Untuk makluman korang, produk ini sangat sesuai digunakan untuk memastikan kulit muka sentiasa kekal hidrat dan segar. Hasilnya kulit akan menjadi lebih sihat kerana fomulasi alam semulajadi yang digunakannya penuh dengan nutrient. Semburan mineral dengan campuran mineral dan ekstrak buah tin membantu mengimbangkan PH kulit dan mengurangkan kesan dedahan kulit wajah pada sinaran UV.


Buah Tin atau nama sainstifik Ficus Carica

Fungsi De'Figues Face Mist yang berasaskan daripada ekstrak buah tin :

1. Memberi kesegaran pada wajah
2. Mengecilkan liang pori-pori
3. Menghalang keradangan kulit
4. Mengecutkan jerawat
5. Melembabkan kulit muka

Kelebihan De'Figues Face Mist yang berasaskan daripada ekstrak buah tin :

1. Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
2. Rahsia Makeup tahan lebih lama
3. Sebagai moisturizer sebelum makeup
4. Sebagai makeup fixing spray
5. Aromaterapi  untuk menghilangkan stress atau mengantuk

Dengan isi kandungan sebanyak 30ml, menjadikan ianya mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Oleh kerana packaging De’Figues Face Mist ini sangat menarik kerana berbentuk segitiga walaupun botol face mist ini bulat. Ini menjadikan produk keluaran Herlysa Vegan kelihatan ekslusif.

Sembur De'Figues Face Mist Herlysa Vegan untuk Segarkan Wajah
Sebagai pengguna, testimoni nora bagi produk keluaran Herlysa Vegan sangat menarik memandangkan ia menggunakan ekstrak buah tin dan apa yang penting tidak mengandungi paraben. Kebiasaanya nora akan mengenakan semburan De-Figues Face Mist sebelum nora make up bagi memberi kesegaran pada wajah juga bagi melembabkan kulit muka dan mengecilkan liang pori. Selepas kering baru nora apply foundation dan sebagainya. Haaaaaa selepas makeup semua nora akan sembur lagi sekali face mist ini bagi muka nora nampak fresher.

Packaging yang unik dan eksklusif
Kalau korang rasa kulit korang tak segar, anytime korang boleh sembur sebab kelebihan face mist keluaran Herlysa Vegan ini mampu mengembalikan kesegaran pada wajah. Selain itu, face mist ini memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit supaya wajah korang akan terasa segar dan bersih sepanjang hari. Semburan De’Figues Face Mist ini sangat wangi dan korang pasti suka dengan produk baharu ini.

Bersama pengasas Herlysa Vegan dan rakan blogger
Selain itu, untuk pengetahuan korang Herlysa Vegan akan melancarkan sebuah lagi produk kecantikan yang berasaskan buah tin iaitu De’Figues “Double Serum” dan pastinya produk ini akan turut menjadi produk serum kecantikan pertama di Malaysia yang dihasilkan daripada ekstrak buah tin.

Kalau korang berminat nak beli De’Figues Face Mist ni boleh dapatkan maklumat seperti berikut :

Harga : RM40.00 sebotol
Isi Kandungan : 30ml

Pembelian secara online atau walk-in di :

Pembelian online : Herlysa Vegan




Alamat : 93-1, SECC Mall, Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Email : sislysa@gmail.com

Tel : +60 13 602 6521




17 Comments

  1. Wah makin naik lah seri pengantin nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheheh... Nak jadi pengantin kan. kne lah muka berseri-seri.. kikikiki

      Delete
  2. Replies
    1. Kannnn nora pun suka. bau wangi bila spray muka pun jadi fresh...

      Delete
  3. Replies
    1. Betul kak SA. Harga murah dan banyak kelebihan dia.

      Delete
  4. Replies
    1. Betul kak ita. Harga mampu milik. Lepas tu hasilnya memuaskan. Best pakai time mengantuk kasi segar muka.

      Delete
  5. Senang nak bawak kalau kecik mcm ni. Saya suka boleh sumbat masuk handbag je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Senang nak bawa g mane2 sbb botol xbesar mana. Best sembur sebab wangi

      Delete
  6. Wow.. Sembur sahaja.

    Cukup baik nie..

    Wajib dicuba untuk wanita yang inginkan kecantikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mrhanafi. Boleh jugak untuk lelaki guna. Bagi segarkan muka selain dari beri kelembapan pada kulit muka.

      Delete
  7. Kak Sue pun suka guna Face Mist..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak sue. mcm2 brand face mist ni. Tapi yg ni dari Buah TIN. Segar je muka

      Delete
  8. Wah,macam best ja. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  9. harga produk okey la. tak terlalu mahal. mesti ramai suka produk ini.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿