Neffos X1 Telefon Pintar Untuk Yang Suka Selfie

Monday, September 25, 2017

Salam sayang...

Siapa sini yang suka selfie?

Siapa yang suka selfie kita gang!!!


OK, kali ni Nora nak share dekat korang yang suka selfie dengan telefon pintar keluaran Neffos X Series. Seperti yang korang tahu, TP-Link telah melantik Fazura sebagai duta bagi keluaran Neffos X Series iaitu telefon pintar yang mempunyai kelas tersendiri dan berbaloi untuk dimiliki serta menjadi pilihan pengguna masa kini di Malaysia.

Sumber Gambar : Google
Untuk korang yang suka selfie, Neffos X1 salah satu telefon pintar menjadi pilihan dalam listing korang. Kenapa?

Haaaa, kalau korang nak tahu Neffos X1 ni merupakan salah satu keluaran dari Neffos X Series yang mempunyai saiz 5.0 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.

Pastinya memberikan kepuasan kepada korang yang suka selfie memandangkan Neffos X1 mempunyai pelbagai fungsi, dengan paparan penuh HD memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan untuk korang menonton video kegemaran secara on-the-go.


Selain itu, Neffos X1 memiliki reka bentuk yang kemas menggunakan bahan-bahan premium tampil dengan cover metallic yang diinspirasikan daripada batu-batuan sungai yang mana dipermukaannya dilicinkan oleh pergerakan air tanpa menghilangkan aspek ketahanannya. Setiap perincian telah diperhalusi untuk menjadikan Neffos X1 sebagai telefon pintar nampak elegan dan selesa memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak tahu Neffos X1 mempunyai ciri PDAF (Phase-detection auto-focus) yang sangat pantas dan mempunyai sistem lock menggunakan fingerprint sepantas 0.2 saat. Data cap jari diperincikan dengan penggunaan supaya memudahkan korang untuk unlock telefon lebih tepat dan cepat. Dengan menggunakan fingerprint juga, korang boleh berselfie dengan mudah, cepat dan cekap.

Neffos X1 | Finger Print Sepantas 0.2 saat
Apa yang dikatakan Neffos X1 sesuai untuk yang suka selfie adalah bahagian kameranya iaitu dengan kamera belakang 13 megapixels Sony IMX 258 sesuai untuk korang yang suka rakam kehidupan seharian. Manakala kamera depan 5 megapixels dengan kemampuan PDAF memberikan kepuasan untuk yang suka selfie. Hasil gambar menggunakan kamera depan dan belakang Neffos X1 sangat memuaskan hati dengan kualiti gambar yang jelas, lebih fokus dan mempunyai kapasiti rakaman video 1080p dengan audio dan hasil rakaman yang memberikan kepuasan kepada pengguna.

Pengalaman Nora menggunakan Neffos X1 untuk mengambil gambar sangat-sangat berbaloi memandangkan kamera telefon pintar ini mempunyai LED Flash yang mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Bagi Nora yang suka swafoto memang tertarik dengan Neffos X1 kerana kamera hadapan dengan resolusi 5MP.

Selfie Menggunakan Neffos X1

Sebagai pengguna smartphone yang suka ber selfie, pastinya akan dapatkan Neffos X1 sebagai gadget keperluan peribadi memandangkan harga telefon pintar ini juga dalam kategori mampu milik dengan speksifikasi yang cukup memuaskan.

Seperti kebanyakkan telefon pintar lain yang ada di pasaran, Neffos X1 menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan penambahan elemen kecil Android 7.0 Nougat untuk akses yang lebih pantas. Selain itu, paparan telefon ini menggunakan kaca Gorilla Glass 2.5D yang mampu melindungi dan mengurangkan kesan hentakan dan calar.

Gambar Dari Kamera Belakang Neffos X1
Neffos X1 ditawarkan dalam dua versi (2FB RAM + 16GB ROM) dan (3GB RAM + 32GB ROM) dengan pilihan warna (Cloudy Grey dan Sunrise Gold) dan boleh di dapati di Lazada Malaysia dengan harga promosi sempena Sambutan Hari Kebangsaan sehingga 30 September 2017 dengan harga RM599 diskaun sebanyak RM100 daripada harga asal RM699.


Selain itu, sepanjang sambutan bulan kemerdekaan, Neffos turut menawarkan promosi bagi telefon pintar X Series Neffos X1 Max dengan harga RM899 daripada harga asal RM999 diskaun sebanyak RM100.

Disamping itu, nikmati juga rebat RM100 dengan mana-mana telefon lama (termasuk jenama lain-lain) untuk mana-mana model Neffos X1 dan X1 Max di mana-mana kedai Neffos di  seluruh negara. Pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar Neffos X Series hanya memerlukan tambahan RM1 untuk dapatkan penggantian LCD dalam satu masa tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian dengan nilai sehingga RM369.

Video unboxing review Neffos X1 Android Mampu Milik


Untuk info lanjut boleh rujuk di sini : 

 www.neffos.my atau laman Facebook Neffos Malaysia.




You Might Also Like

3 ♥sweetcream♥

  1. Tengah best2 baca specs dan tengok design yang elegen ni, terkejut tengok harganya yang murah dari disangka.

    Dengan specs dan ciri2 design ni, memang berbaloi beli.. lebih2 mereka yang kaki selfie

    ReplyDelete
  2. nampak menarik.. harga pun murah dengan spec begitu..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿