Magic Jelly by Lovera Formula Ajaib Untuk Kulit

Monday, November 06, 2017

Salam kesayangan uols!!!

Hari ini Nora rasa sangat teruja untuk berkongsi dengan korang semua tentang satu produk tempatan baharu yang dipanggil LOVERA. Untuk pengetahuan korang, Nora bukanlah ingin menjadi  “lab rat” terutama tentang produk penjagaan kulit tetapi sekadar ingin berkongsi dengan korang tentang penemuan produk baharu yang bagi Nora ia memberi keajaiban pada kulit.




Produk yang Nora maksudkan adalah Magic Jelly Lovera. Sebelum Nora bercerita lebih lanjut tentang produk, apa kata kita tahu tentang Lovera terlebih dahulu.

Apa itu LOVERA?

LOVERA adalah sebuah syarikat penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia. Mereka berusaha untuk membawa produk penjagaan kulit secara semulajadi yang terbaik untuk kesejahteraan kulit kita. Setiap formula produk Lovera dikaji dan dibangunkan secara teliti yang mana syarikat ini mempunyai prinsip untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia yang tidak baik dan akan memberikan kesan kerosakan pada kulit.

Untuk pengetahuan semua, produk ini diuji hanya pada manusia sebelum berada di pasaran jualan. Apa yang best pada produk ini adalah No Mercury, Paraben Free, No Artificial Color, No Harmful Substances, Naturally Magical  dan mempunyai Halal Certified.



Magic Jelly Lovera

Magic Jelly adalah salah satu daripada produk Best Seller keluaran Lovera. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua jenis Magic Jelly; i. Formulasi Asal dan ii. Formulasi baharu yang dipertingkatkan melalui R&D. Kali ini, Nora berkongsikan Magic Jelly new enhanced formula version.

Apa itu Magic Jelly?

Magic Jelly adalah sejenis produk yang mempunyai tekstur gel seperti yang boleh bertindak sebagai Serum untuk memberikan perlindungan, pembaikan dan peningkatan tekstur kulit dan rambut. Gel ini mempunyai banyak manfaatnya yang mana tekstur gel mempu menembusi kulit dan bertindak dari dalam. Produk ini telah meninggalkan fonemena kebaikan dan manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Fungsi Dan Kebaikan Bahan Pada Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera dihasilkan menggunakan bahan Aloe Barbadensis,  Leaf Juice aka ALoe Vera dan Timun. Formula baru yang dipertingkatkan mempunyai dua bahan aktif tambahan iaitu Chamomile dan Jicama.

Perumusan yang baharu ini menjadikan Magic Jelly lebih kepada kecantikan, antioksidan dan pemutihan untuk muka dan badan. Penggunaan ekstrak Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai lidah buaya dan Timun yang secara tradisional terkenal dalam penjagaan kulit terbukti mempunyai keberkesanan yang yang berpanjangan dalam mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan masalah kulit seperti kekeringan, masalah kulit kepala dan banyak lagi kelebihannya.



Jicama atau lebih dikenali sebagai sengkuang pula sangat kaya dengan manfaat untuk penjagaan kulit dan badan, baik untuk wanita mahupun lelaki. Jicama boleh di makan pada bila-bila masa dalam musimnya kerana tidak selalu tumbuh di musim yang berbeza. Jicama terbukti memberi manfaat untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah.

Ia juga mengandungi Vitamin C dan ini merupakan salah satu ramuan yang kuat untuk mengelakkan penuaan pada kulit muka. Vitamin C yang ada pada Jicama mampu melindungi kulit dari radikal bebas cahaya matahari. Vitamin B dan Vitamin C digabungkan dengan mineral dari Jicama, menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat. Jicama mempunyai banyak air dan berguna sebagai unsur anti radang, yang menjadikan kulit lembab dan sentiasa sejuk.

Bagi Chamomile pula, ia mempunyai sifat penyembuhan yang hebat di mana Chamomile akan memproses dengan cepat penyembuhan luka-luka kecil. Ia juga dikenali sebagai natural skin bleach yang sangat baik dan membantu menjadikan kulit lebih berseri selain membantu menutup liang-liang pori dan memudarkan kesan parut jerawat serta berkesan untuk kulit yang mempunyai eczema.

Bahan Lain Pada Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera telah terbukti memberikan banyak manfaat dan keajaiban kepada kulit. Senarai ramuan lengkap yang ada di dalam Magic Jelly Lovera adalah termasuk Aqua, Gliserin, Glycereth-26, Jus Daun Aloe Barbadensis, Natrium Hidroksida, Ekstrak Pachyrrhizus Erosus Root, Acrylates / C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Phenoxyethanol dan Chlorphenesin dan gliserin, , Wangian, natrium hyalunorate, chamomillarecutita (matricaria) ekstrak bunga, tetrasodium edta.



Antara Faedah dan Kebaikan Magic Jelly Lovera :

MANFAAT UNTUK KULIT

1. Merawat jerawat dengan berkesan
2. Menghilangkan kulit yang kusam
3. Parut pudar (lama / baru)
4. Pudar bintik gelap
5. Menenangkan Ekzema
6. Menghidratkan kulit kering
7. Rawat selaran matahari
8. Mengecilkan liang
9. Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensiti
10. Anti penuaan
11. Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
12. Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut

MANFAAT BAGI RAMBUT

1. Membantu mengurangkan kelemumur
2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
4. Menggalakkan pertumbuhan rambut

MANFAAT LAIN

1. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
2. Merawat bibir mengelupas & kering
3. Banyak lagi kegunaan lain.

MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :

1. Pelembap kulit
2. Pembersih make up
3. Serum muka
4. Serum rambut
5. Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
6. Pelembap bibir
7. Makeup-primer

Kesan Penggunaan Magic Jelly Lovera

Untuk Formula Enhanced Baru, Nora menggunakannya sebagai serum muka, selepas toner dan sebelum pelembap. Nora juga menggunakannya untuk rambut sebelum memakai tudung. Kadang kala Nora juga menggunakan produk ini sebagai primer muka sebelum makeup. Ini membantu makeup Nora untuk melekat lebih baik kerana produk ini juga mengandungi gliserin.



Nora baharu menggunakan produk ini dan setakat ini tidak memberikan reaksi alahan kepada kulit muka mahupun badan Nora. Malah, Nora dapat merasakan bahawa tekstur kulit wajah menjadi lebih halus dan masalah kesan parut jerawat perlahan-lahan menjadi lebih baik. Nora menggunakan Magic Jelly Lovera ini bersama-sama dengan Aiken Moisturizer.

Tekstur gel mempunyai warna yang jernih seperti aloe vera dan ianya ringan disapukan pada wajah dan segera ia meresap ke dalam kulit, ia diserap dengan cepat.

Gel yang dioleskan pada kulit, akan memberikan perasaan penyejukan, menyegarkan, dan ia adalah formula yang tidak melekit.

Nora suka akan bauannya kerana berbau begitu menyegarkan dan sangat berbau seperti kombinasi bau Aloe Vera dan Camomile.

Love it dengan packaging produk Magic Jelly Lovera ni sebab botol yang digunakan datang dalam bentuk pam, sangat bersih, menjadikannya sangat mudah digunakan dan Nora dapat mengukur berapa banyak penggunaan berdasarkan berapa kali Nora pam.




Apa yang menarik, produk ini tidak mengandungi sebarang ramuan berunsurkan haiwan, HALAL dan selamat untuk digunakan. Kecuali jika korang mempunyai alahan kepada beberapa ramuan seperti yang disenaraikan di atas.

Produk ini mempunyai kelulusan KKM. Untuk mengelakkan pembelian produk tiruan, pastikan membeli produk dengan logo Hologram di atasnya.



Produk ini serba boleh - boleh digunakan dari kepala sehingga ke jari kaki. Nora menggunakannya untuk rambut, siku- untuk kawasan kulit kering. Anak Nora juga menggunakannnya memandangkan dia mempunyai ekzema pada siku tangan.

Kulit yang kering apabila disapu dengan Magic Jelly secara automatik kulit tersebut menjadi lembab. Nora lebih suka menggunakan produk ini lebih banyak untuk muka bagi menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit muka.

Satu-satunya masalah yang Nora miliki ialah packaging pada bahagian penutupnya kerana mudah tertanggal daripada botol. Oleh itu, apabila Nora memilih produk dan memegang penutup, seluruh botol akan turun ke bawah dan jatuh. Walaupun penutupnya mudah tertanggal, namun botol Magic Jelly sangat tahan dan ia tidak pecah sekiranya terjatuh.

Testimoni Pengguna




Selain itu, boleh juga baca testimoni keajaiban Magic Jelly Lovera dalam membantu kesan melecur akibat terkena minyak panas. Nora akan share pada semua testimoni sebenar yang mendapat liputan iaitu “Muka anak lecur dek minyak panas” dan berikut adalah beberapa gambar kesan melecur dan kesan selepas menggunakan Magic Jelly Lovera.




Untuk membandingkan dengan manfaat produk ini, boleh dikatakan bahawa produk ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki.

Harga : RM70
Saiz : 60ml


Produk ini boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web mereka :  http://www.lovera.com.my/

Untuk info lebih lanjut boleh rujuk seperti di bawah :

Instagram : @LoveraMalaysia
Facebook : LOVERA Malaysia
E-mail : hello.lovera@gmail.com
Tel : +6 011 3234 8255

Alamat :
DW Global Plt (LLP0007973-LGN)
Tingkat 10, Plaza Azalea,
Seksyen 14, 40000
Shah Alam, Selangor.



You Might Also Like

5 ♥sweetcream♥

  1. setiap rumah mesti ada magic jelly ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Bagus produk ni.. kalau dh aloe Vera mmg byk kebaikkannya

    ReplyDelete
  3. waw bagus jugak produk ni.. boleh try la nanti.. hehe

    ReplyDelete
  4. waw bagus jugak produk ni.. boleh try la nanti.. hehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿