Magic Jelly by Lovera Formula Ajaib Untuk Kulit
Hari ini Nora rasa
sangat teruja untuk berkongsi dengan korang semua tentang satu produk tempatan
baharu yang dipanggil LOVERA. Untuk pengetahuan korang, Nora bukanlah ingin
menjadi “lab rat” terutama tentang produk penjagaan kulit tetapi sekadar
ingin berkongsi dengan korang tentang penemuan produk baharu yang bagi Nora ia memberi
keajaiban pada kulit.
Produk yang Nora maksudkan adalah Magic Jelly Lovera. Sebelum Nora bercerita lebih lanjut tentang produk, apa kata kita tahu tentang Lovera terlebih dahulu.
Produk yang Nora maksudkan adalah Magic Jelly Lovera. Sebelum Nora bercerita lebih lanjut tentang produk, apa kata kita tahu tentang Lovera terlebih dahulu.
Apa itu LOVERA?
LOVERA adalah
sebuah syarikat penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia. Mereka berusaha
untuk membawa produk penjagaan kulit secara semulajadi yang terbaik untuk
kesejahteraan kulit kita. Setiap formula produk Lovera dikaji dan dibangunkan
secara teliti yang mana syarikat ini mempunyai prinsip untuk mengelakkan
penggunaan bahan kimia yang tidak baik dan akan memberikan kesan kerosakan pada
kulit.
Untuk pengetahuan semua, produk ini diuji hanya pada manusia sebelum berada di pasaran jualan. Apa yang best pada produk ini adalah No Mercury, Paraben Free, No Artificial Color, No Harmful Substances, Naturally Magical dan mempunyai Halal Certified.
Untuk pengetahuan semua, produk ini diuji hanya pada manusia sebelum berada di pasaran jualan. Apa yang best pada produk ini adalah No Mercury, Paraben Free, No Artificial Color, No Harmful Substances, Naturally Magical dan mempunyai Halal Certified.
Magic Jelly Lovera
Magic Jelly adalah
salah satu daripada produk Best Seller keluaran Lovera. Untuk pengetahuan
semua, terdapat dua jenis Magic Jelly; i. Formulasi Asal dan ii. Formulasi
baharu yang dipertingkatkan melalui R&D. Kali ini, Nora berkongsikan Magic Jelly new enhanced formula version.
Apa itu Magic
Jelly?
Magic Jelly adalah
sejenis produk yang mempunyai tekstur gel seperti yang boleh bertindak sebagai
Serum untuk memberikan perlindungan, pembaikan dan peningkatan tekstur kulit
dan rambut. Gel ini mempunyai banyak manfaatnya yang mana tekstur gel mempu
menembusi kulit dan bertindak dari dalam. Produk ini telah meninggalkan
fonemena kebaikan dan manfaat kepada masyarakat di luar sana.
Magic Jelly Lovera
dihasilkan menggunakan bahan Aloe Barbadensis,
Leaf Juice aka ALoe Vera dan Timun. Formula baru yang dipertingkatkan
mempunyai dua bahan aktif tambahan iaitu Chamomile dan Jicama.
Perumusan yang
baharu ini menjadikan Magic Jelly lebih kepada kecantikan, antioksidan dan
pemutihan untuk muka dan badan. Penggunaan ekstrak Aloe Vera atau lebih
dikenali sebagai lidah buaya dan Timun yang secara tradisional terkenal dalam
penjagaan kulit terbukti mempunyai keberkesanan yang yang berpanjangan dalam
mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan masalah kulit seperti kekeringan,
masalah kulit kepala dan banyak lagi kelebihannya.
Jicama atau lebih
dikenali sebagai sengkuang pula sangat kaya dengan manfaat untuk penjagaan
kulit dan badan, baik untuk wanita mahupun lelaki. Jicama boleh di makan pada
bila-bila masa dalam musimnya kerana tidak selalu tumbuh di musim yang berbeza.
Jicama terbukti memberi manfaat untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan
bintik-bintik gelap pada wajah.
Ia juga mengandungi Vitamin C dan ini merupakan salah satu ramuan yang kuat untuk mengelakkan penuaan pada kulit muka. Vitamin C yang ada pada Jicama mampu melindungi kulit dari radikal bebas cahaya matahari. Vitamin B dan Vitamin C digabungkan dengan mineral dari Jicama, menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat. Jicama mempunyai banyak air dan berguna sebagai unsur anti radang, yang menjadikan kulit lembab dan sentiasa sejuk.
Ia juga mengandungi Vitamin C dan ini merupakan salah satu ramuan yang kuat untuk mengelakkan penuaan pada kulit muka. Vitamin C yang ada pada Jicama mampu melindungi kulit dari radikal bebas cahaya matahari. Vitamin B dan Vitamin C digabungkan dengan mineral dari Jicama, menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat. Jicama mempunyai banyak air dan berguna sebagai unsur anti radang, yang menjadikan kulit lembab dan sentiasa sejuk.
Bagi Chamomile
pula, ia mempunyai sifat penyembuhan yang hebat di mana Chamomile akan
memproses dengan cepat penyembuhan luka-luka kecil. Ia juga dikenali sebagai
natural skin bleach yang sangat baik dan membantu menjadikan kulit lebih
berseri selain membantu menutup liang-liang pori dan memudarkan kesan parut
jerawat serta berkesan untuk kulit yang mempunyai eczema.
Bahan Lain Pada
Magic Jelly Lovera
Magic Jelly Lovera telah
terbukti memberikan banyak manfaat dan keajaiban kepada kulit. Senarai ramuan
lengkap yang ada di dalam Magic Jelly Lovera adalah termasuk Aqua, Gliserin, Glycereth-26, Jus Daun Aloe Barbadensis, Natrium
Hidroksida, Ekstrak Pachyrrhizus Erosus Root, Acrylates / C10-30 Alkyl Acrylate
Crosspolymer, Phenoxyethanol dan Chlorphenesin dan gliserin, , Wangian, natrium
hyalunorate, chamomillarecutita (matricaria) ekstrak bunga, tetrasodium edta.
Antara Faedah dan Kebaikan Magic Jelly Lovera :
MANFAAT UNTUK KULIT
1. Merawat jerawat dengan berkesan
2. Menghilangkan kulit yang kusam
3. Parut pudar (lama / baru)
4. Pudar bintik gelap
5. Menenangkan Ekzema
6. Menghidratkan kulit kering
7. Rawat selaran matahari
8. Mengecilkan liang
9. Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensiti
10. Anti penuaan
11. Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
12. Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut
MANFAAT BAGI RAMBUT
1. Membantu mengurangkan kelemumur
2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
4. Menggalakkan pertumbuhan rambut
MANFAAT LAIN
1. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
2. Merawat bibir mengelupas & kering
3. Banyak lagi kegunaan lain.
MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :
1. Pelembap kulit
2. Pembersih make up
3. Serum muka
4. Serum rambut
5. Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
6. Pelembap bibir
7. Makeup-primer
Kesan Penggunaan Magic Jelly Lovera
Untuk Formula Enhanced Baru, Nora menggunakannya sebagai serum muka,
selepas toner dan sebelum pelembap. Nora juga menggunakannya untuk rambut
sebelum memakai tudung. Kadang kala Nora juga menggunakan produk ini sebagai
primer muka sebelum makeup. Ini membantu makeup Nora untuk melekat lebih baik
kerana produk ini juga mengandungi gliserin.
Nora baharu menggunakan produk ini dan setakat ini tidak
memberikan reaksi alahan kepada kulit muka mahupun badan Nora. Malah, Nora
dapat merasakan bahawa tekstur kulit wajah menjadi lebih halus dan masalah kesan
parut jerawat perlahan-lahan menjadi lebih baik. Nora menggunakan Magic Jelly
Lovera ini bersama-sama dengan Aiken Moisturizer.
Tekstur gel mempunyai warna yang jernih seperti aloe vera
dan ianya ringan disapukan pada wajah dan segera ia meresap ke dalam kulit, ia
diserap dengan cepat.
Gel yang dioleskan pada kulit, akan memberikan perasaan
penyejukan, menyegarkan, dan ia adalah formula yang tidak melekit.
Nora suka akan bauannya kerana berbau begitu menyegarkan
dan sangat berbau seperti kombinasi bau Aloe Vera dan Camomile.
Love it dengan packaging produk Magic Jelly Lovera ni
sebab botol yang digunakan datang dalam bentuk pam, sangat bersih, menjadikannya
sangat mudah digunakan dan Nora dapat mengukur berapa banyak penggunaan
berdasarkan berapa kali Nora pam.
Apa yang menarik, produk ini tidak mengandungi sebarang
ramuan berunsurkan haiwan, HALAL dan selamat untuk digunakan. Kecuali jika korang
mempunyai alahan kepada beberapa ramuan seperti yang disenaraikan di atas.
Produk ini mempunyai kelulusan KKM. Untuk mengelakkan
pembelian produk tiruan, pastikan
membeli produk dengan logo Hologram di atasnya.
Produk ini serba boleh - boleh digunakan dari kepala sehingga
ke jari kaki. Nora menggunakannya untuk rambut, siku- untuk kawasan kulit
kering. Anak Nora juga menggunakannnya memandangkan dia mempunyai ekzema pada
siku tangan.
Kulit yang kering apabila disapu dengan Magic Jelly secara automatik kulit tersebut menjadi lembab. Nora lebih suka menggunakan produk ini lebih banyak untuk muka bagi menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit muka.
Kulit yang kering apabila disapu dengan Magic Jelly secara automatik kulit tersebut menjadi lembab. Nora lebih suka menggunakan produk ini lebih banyak untuk muka bagi menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit muka.
Satu-satunya masalah yang Nora miliki ialah packaging
pada bahagian penutupnya kerana mudah tertanggal daripada botol. Oleh itu,
apabila Nora memilih produk dan memegang penutup, seluruh botol akan turun ke
bawah dan jatuh. Walaupun penutupnya mudah tertanggal, namun botol Magic Jelly
sangat tahan dan ia tidak pecah sekiranya terjatuh.
Testimoni Pengguna

Selain itu, boleh juga baca testimoni keajaiban Magic Jelly Lovera dalam membantu kesan melecur akibat terkena minyak panas. Nora akan share pada semua testimoni sebenar yang mendapat liputan iaitu “Muka anak lecur dek minyak panas” dan berikut adalah beberapa gambar kesan melecur dan kesan selepas menggunakan Magic Jelly Lovera.

Selain itu, boleh juga baca testimoni keajaiban Magic Jelly Lovera dalam membantu kesan melecur akibat terkena minyak panas. Nora akan share pada semua testimoni sebenar yang mendapat liputan iaitu “Muka anak lecur dek minyak panas” dan berikut adalah beberapa gambar kesan melecur dan kesan selepas menggunakan Magic Jelly Lovera.
Untuk membandingkan dengan manfaat produk ini, boleh
dikatakan bahawa produk ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki.
Saiz : 60ml
Untuk info lebih
lanjut boleh rujuk seperti di bawah :
Instagram : @LoveraMalaysia
Facebook : LOVERA Malaysia
Facebook : LOVERA Malaysia
E-mail : hello.lovera@gmail.com
Tel : +6 011 3234
8255
Alamat :
DW Global
Plt (LLP0007973-LGN)
Tingkat 10, Plaza
Azalea,
Seksyen 14, 40000
Shah Alam, Selangor.
Seksyen 14, 40000
Shah Alam, Selangor.
7 Comments
rasa macam nak try produk ni :D
ReplyDeletesetiap rumah mesti ada magic jelly ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Bagus produk ni.. kalau dh aloe Vera mmg byk kebaikkannya
ReplyDeletewaw bagus jugak produk ni.. boleh try la nanti.. hehe
ReplyDeletewaw bagus jugak produk ni.. boleh try la nanti.. hehe
ReplyDeletewah satu botol ada macam-macam kegunaan..bagusnya
ReplyDeleteBagusnya khasiat produk ni
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿