MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Wednesday, January 03, 2018


Alhamdulillah rezeki dapat sehelai uniform sekolah baru untuk Zarra. Maklumlah ini kali pertama Zarra akan bersekolah Tahun 1 pada 2018. Uniform sekolah yang diterima adalah daripada Jenama FR Junior hasil sumbangan daripada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Adanya sumbangan ini boleh tambah-tambah baju uniform sekolah untuk Zarra.

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.


Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.


OBJEKTIF PROGRAM

1) Meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak.
2) Mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Antara program yang telah dianjurkan oleh MBI antaranya :

1) Program di Hope For The Future di Sunway Lagoon
2) Program di Tadika Cahaya Takwa
3) Program di Sungai Buaya Rawang


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.

Pemberian bantuan ini juga bertujuan memudahkan penerima untuk menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.


Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.


Nora bersyukur sangat kerana salah seorang penerima sumbangan pakaian seragam sekolah. Untuk pengetahuan semua, jenama FR Junior direka dan dikeluarkan oleh designer Encik Fairuz RamdanUniform Sekolah FR Junior ini menggunakan material yang sangat berkualiti dengan jahitan yang kemas dan selesa dipakai sepanjang sesi persekolahan.


Untuk melihat perkembangan kerja-kerja CSR dan ingin mengetahui tentang FR Junior boleh follow :

Instagram : @csrmbiselangor

Instagram @theofficialfrjunior dan @itsfr

You Might Also Like

3 ♥sweetcream♥

  1. Mungkin ramai yg tak tau ada sumbangan ni. Saya tak tau sebelum baca ni. Tapi saya tak ada anak sekolah.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada program sumbangan macam ni membantu golongan yang kurg berkemampuan kan

    ReplyDelete
  3. Ana sokong adanya program mcm ni. Sgt membantu golongan yg memerlukan serta meringankan kos persekolahan buat mereka.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿